suria

Ajar orang bancuh air manis, masak macam-macam... Tapi rupanya Khairul Aming tengah diet, nak kurus menjelang Aidilfitri!

Khairul Aming berkongsi rutin harian sepanjang Ramadan di laman X.

TERKENAL dengan 30 Hari 30 Resipi pada bulan Ramadan, pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming pastinya menjadi rujukan masyarakat dalam penyediaan juadah mudah untuk berbuka mahupun bersahur.

Memasuki tahun keenam segmen tersebut, usahawan popular ini terus menjadi inspirasi semua golongan termasuk para ibu dan wanita bekerjaya.

Malah, pengikutnya juga gemar memberi maklum balas positif apabila berjaya menyediakan juadah seperti yang dikongsikan.

Khairul Aming berkongsi segmen 30 Hari 30 Resipi untuk tahun keenam

Khairul Aming berkongsi segmen 30 Hari 30 Resipi untuk tahun keenam.

Bagaimanapun, hantaran terkini yang dibuat jejaka berusia 31 tahun ini mengejutkan warga maya.

Menerusi laman X, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman ini mendedahkan menu yang dijamahnya sepanjang bulan Ramadan sehingga berjaya menurunkan berat badan.

"Apa yang sama makan setiap hari semasa bulan Ramadan. Bulan lepas hilang 4kg (kilogram), bulan ni harap dapat kurangkan lebih lagi sebelum raya.

"Semua benda (boleh) makan... yang penting kawal portion dan bersenam," ciapnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming puji masakan kedai nasi berlauk di KB... Netizen pesan pemilik siap sedia, ramai nak serbu

ARTIKEL BERKAITAN: Dendeng Khairul Aming dijual semula, harga lebih 2 kali ganda! Penjual beri alasan ‘cover rugi’ majlis batal

Berdasarkan klip video yang disertakan, dia turut berkongsi rutin hariannya sepanjang bulan Ramadan.

"Ini makanan yang Khairul Aming makan sepanjang bulan puasa untuk kawal berat badan dan bagi fit. Untuk sahur, makan high protein... selalunya ayam bakar dan telur, minum dua gelas air kosong.

"Petang aku akan pergi gym dalam pukul 3.30 petang. Untuk buka puasa aku akan makan kurma diikuti air teh o ais limau kosong... ikan bakar kosong, sambal kicap dan nasi putih atau air kelapa kosong dan lauk kampung," ujarnya.

Khairul Aming pun minum air kosong, makan makanan sihat je... siap bersenam.

WARGA MAYA

Menurut anak kelahiran Kelantan ini lagi, pengambilan buah dan protein shake sering diamalkan pada waktu malam atau moreh.

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui bahawa masakan yang dimasak untuk kandungan media sosialnya sering dihabiskan oleh rakan serumah.

Tambah Khairul Aming, apa sahaja hidangan sama ada dibeli mahupun dimasak boleh dimakan namun kuantiti pengambilan perlu dikawal.

"Tak semua yang dimasak tu aku makan, housemate yang habiskan.

"Pergi bazar beli je makanan-makanan sedap tapi kawal portion... masak pun sama. Masak sedap-sedap tapi kawal portion dan teruskan bersenam," ujarnya menitipkan nasihat.

Antara reaksi warga maya di hantaran Khairul Aming.

Antara reaksi warga maya di hantaran Khairul Aming.

Hantaran yang dibuat pada Isnin itu membuatkan para netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.

Rata-ratanya berseloroh tentang berat badan semasa sambutan Syawal dengan menyatakan ia adalah agenda Khairul Aming untuk kelihatan kurus pada hari raya nanti.

"Konspirasi Khairul Aming: make them fat!

"Dalam resipi bukan main suruh orang buat air manis, makan macam-macam. Kau minum air kosong je? Raya nanti nak kau seorang je kurus?

"Amboi-amboi, dalam resipi air manis tapi dia minum air kosong je. Pandai dia, raya nanti satu Malaysia berat naik, dia seorang je kurus.

"Khairul Aming pun minum air kosong, makan makanan sihat je... siap bersenam. Kita je lalai," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain