suria

Adik takut sikap ganas kakak... Diugut pukul jika balik rumah beraya, mak ayah dibelasah teruk!

Seorang wanita buntu apabila kakaknya kerap mengasari ibu dan bapa mereka. -Gambar hiasan

KEGANASAN dalam sesebuah institusi rumah tangga biasanya berlaku melibatkan pasangan suami isteri.

Namun, berbeza pula bagi wanita ini apabila dia dan kedua-dua ibu bapa menjadi mangsa keganasan kakaknya sendiri.

Kisahnya yang mendapat perhatian ramai ini dikongsikan di Facebook tanpa mendedahkan nama dan identiti.

"Kakak tidak benarkan saya balik ke rumah ibu dan bapa walaupun pada hari raya. Kakak mengugut untuk memukul saya jika saya balik ke rumah.

Pengadu buntu mencari jalan penyelesaian mengenai masalah kakaknya. -Gambar hiasan

"Ibu dan bapa saya pun ketakutan di rumah sendiri. Serba serbi dikawal oleh kakak saya. Jika tak ikut arahan kakak, mereka akan dipukul juga," katanya.

Kisahnya ini diceritakan di grup Tanya Peguam, yang mana dia turut memberitahu ibu dan bapa pernah ditipu oleh kakaknya sehingga mengalami kerugian wang dalam jumlah yang besar.

Malah, dirinya sendiri pernah menjadi mangsa pukul kakaknya yang juga merupakan seorang penganggur.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dipukul, kaki dipijak! Suami berubah ganas selepas kantoi curang, senyap-senyap ‘check-in’ hotel dengan wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengaku pukul bakal isteri, kaki perempuan sudah bertaubat... Jadi OKU selepas jangkitan kuman - “Saya dah terima kifarah”

"Semasa saya duduk di rumah ibu dan bapa dahulu, memang kakak saya hari-hari akan cari pasal untuk bergaduh.

"Kakak saya menuduh kami dengan bermacam-macam tuduhan yang tidak munasabah. Ibu bapa saya juga telah ditipu RM80,000 oleh kakak.

"Kakak tidak bekerja dan semua perbelanjaannya sehari-hari ditanggung oleh ibu bapa saya," jelasnya lagi.

Sebelum ini, pengadu pernah mengambil langkah berani dengan melaporkan perbuatan kakaknya kepada pihak polis.

Kakak saya tidak bekerja dan semua perbelanjaannya sehari-hari ditanggung oleh ibu bapa saya.

PENGADU

Namun, ternyata percubaan untuk mengenakan tindakan terhadap ahli keluarganya ini tidak berjaya.

Menurut pengadu, luahan dibuat bertujuan meminta pandangan dan saranan orang ramai mengenai tindakan yang sepatutnya dibuat.

"Kakak saya sangat ganas hingga harta benda rumah pecah dan diri kami termasuk ibu bapa saya cedera dipukul oleh dia, tapi kakak saya sangat pandai manipulasi (putar belit) cerita.

"Dia akan telefon polis, bila polis datang, kakak saya beritahu kecederaan yang dia buat pada diri kami semua, dia hanya pertahankan diri.

Komen netizen di Facebook.

"Soalan saya, apa tindakan yang patut saya ambil untuk keselamatan kami sekeluarga. Jika ada peguam yang boleh ambil kes ini, harap dapat selesaikan masalah keluarga saya ini. Terima kasih," katanya mengakhiri luahan berkenaan.

Setelah hantaran tersebut dibuat, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka.

Menurut salah seorang netizen, adalah lebih baik sekiranya kakak pengadu dibawa berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan segera.

"Ini pandangan peribadi saya, kakak kamu perlu berjumpa dengan doktor psikiatri untuk diagnosis. Jika didapati ada masalah kesihatan mental, perlu dirawat.

"Suka atau tidak, sokongan daripada keluarga sangat diperlukan untuk kakak kamu pulih," kata netizen tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain