suria

Isteri dipukul, kaki dipijak! Suami berubah ganas selepas kantoi curang, senyap-senyap ‘check-in’ hotel dengan wanita lain

Lapor segera jika wujud kes keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan

BAGAI jatuh ditimpa tangga.

Begitulah situasi yang dialami seorang wanita ini apabila dia diceraikan dalam keadaan tidak berkeupayaan selepas terlibat dalam kemalangan hujung tahun lalu.

Bukan itu sahaja, dia turut dihalau keluar oleh suaminya sejurus talak dilafazkan.

Meluahkan masalah yang dialaminya, wanita yang enggan mendedahkan identiti ini berkata, segalanya bermula selepas suaminya ditangkap melakukan maksiat bersama kekasih di sebuah hotel.

Hubungan pasangan suami isteri menjadi renggang disebabkan kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

Hubungan pasangan suami isteri menjadi renggang disebabkan kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan apabila perbuatan terkutuk itu disaksikan anaknya yang turut dibawa bersama demi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Suami baru menceraikan saya kerana terkantoi bawa anak pergi hotel check in dengan wanita lain.

"Suami halau saya keluar dari rumah... dalam masa yang sama saya baru boleh berjalan selepas kemalangan hujung tahun lepas," luahnya sayu.

Meskipun menerima keputusan drastik yang dibuat suaminya itu, namun dia berharap diberikan sedikit masa untuk berpindah keluar kerana tidak dapat berjalan dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang dulu kahwin tahan lama, sekarang ada masalah pun cerita satu dunia... Ramai salahkan teknologi, isteri berkerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih dapat isteri pemalas tapi selera kayangan! Gaji 7K tak cukup, serba serbi nak mewah

Tambahan pula, dia yang tinggal di Ipoh, Perak tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana kesihatan diri pada masa ini tidak mengizinkan.

"Boleh ke saya minta di mahkamah untuk duduk sementara di rumah suami sehingga saya sihat dan boleh berjalan serta bekerja," ujarnya lagi.

Selain itu wanita malang berkenaan mendakwa dia juga pernah dipukul suaminya sehingga kecederaan di kaki kembali teruk.

"Suami saya merupakan seorang anggota polis. Dia pukul saya dan memijak kaki yang baru sahaja selesai operasi pembedahan masuk besi.

Baliklah ke rumah keluarga sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

WARGA MAYA

"Akibatnya, kaki saya sedikit bengkak... walau bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku, cuma ingin tahu apa hak saya sementara kembali sihat.

"Saya tak ada harta, tempat tinggal dan masih tak boleh bawa kenderaan," katanya.

Luahan yang dibuat menerusi Facebook itu mendapat perhatian warga maya.

Selain menzahirkan rasa simpati dan marah dengan tindakan bekas suami wanita terbabit, kebanyakan netizen berkongsi pandangan serta maklumat yang diperlukan.

Warga maya berkongsi pandangan kepada wanita ini

Warga maya berkongsi pandangan kepada wanita ini

"Dalam idah suami masih perlu sediakan tempat tinggal kepada isteri.

"Failkan tuntutan hak tempat tinggal Seksyen 72 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Saya diceraikan secara tak adil sebab bekas suami pun pernah bersekedudukan.

"Lapor polis sebab suami buat kekerasan dalam rumah tangga. Minta perlindungan daripada pihak polis, tak payah tinggal dalam rumah tu lagi," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan sekiranya dia masih terus berada di rumah bekas suaminya itu berikutan pernah dipukul dan dicederakan.

"Mohon bantuan keluarga puan, jangan duduk rumah tu entah apa lagi dia akan buat nanti.

"Kenapa nak seksa diri bertahan lagi? Baliklah ke rumah keluarga puan sebelum kejadian lebih buruk berlaku lagi... biar mereka (keluarga) yang jaga awak.

"Adalah lebih baik lapor polis dan tinggal di rumah keluarga, selain risau dipukul turut dapat dielakkan bunting dalam fasa bercerai," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain