suria

Pilih kasih, percaya khurafat... Menantu nekad pindah dari kediaman sempurna mentua, rela sewa rumah kecil serba kekurangan

Amalan khurafat atau syirik ditegah oleh agama Islam. -Gambar hiasan

MEDIA sosial sering dipaparkan dengan kisah atau luahan wanita yang makan hati dan terpaksa menahan sabar gara-gara tinggal sebumbung dengan mentua.

Begitu juga dengan wanita muda ini yang menetap dengan keluarga mentua sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun yang lalu.

Bukan sahaja tidak 'sebulu' kerana dirinya bukanlah menantu kesayangan, wanita tersebut juga kurang senang dengan ibu mentuanya yang didakwa suka mengamalkan perkara khurafat.

"Kadang tu bila saya nak masak untuk suami, mak mentua suruh campur air 'baca-baca' dalam masakan dan nasi. Pernah satu hari tu, mak mentua ketuk pintu bilik, minta baju kotor suami untuk buat rendaman mandian.

"Saya terus cakap tak ada baju! Saya ni pula jenis tak suka betul benda benda syirik khurafat ni.

"Lagi teruk waktu awal-awal kahwin dulu, saya nak basuh baju. Mak mentua siap cakap 'basuhkanlah baju mak ni sekali'.

mentua 2

Kebanyakan pasangan memlih untuk tinggal berasingan dengan keluarga untuk mengelakkan situasi yang kurang menyenangkan. -Gambar hiasan

"Saya gelak je dalam hati. Kau ingat aku orang gaji ke? Anak perempuan kau tu tidur je sampai tengah hari bukan nak suruh pun,'" luahnya.

Dia turut mengimbas peristiwa sedih menerima layanan buruk daripada ibu mentuanya meskipun ketika itu sedang mengalami alahan teruk kerana sedang hamil anak sulung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu tak berminat tolong kemas rumah mentua walau menumpang... Selamba beri alasan bukan kediaman sendiri

"Saya alahan teruk muntah-muntah sampai nak pengsan waktu memasak di dapur. Mak mentua datang dapur hanya tanya 'masak apa tu?' sambil buka tudung saji.

"Mak mentua memang rapat dengan menantu anak sulung dia tu. Setiap pagi call, kena pula menantu kesayangan dia tu tengah mengandung.

"Mak mentua ada cerita yang menantu dia tu mengidam nak makan ketupat palas, kebetulan dia pergi kenduri ada ketupat tu, terus ditapaunya hantar ke rumah menantu kesayangannya tu.

"Bila saya dengar, kecil hati saya. Time saya mengandung, mengidam macam-macam tak pernah dapat. Nasib baik suami sentiasa usaha," kongsinya.

Pindah saja sis rumah sewa. Biar kecil asalkan hati tenteram.

NETIZEN

Tambah wanita tersebut, dia bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami situasinya.

Ujarnya, suaminya sedang berusaha menyediakan tempat tinggal buat keluarga kecil mereka, namun kini dalam dilema kerana rumah sewa yang ditemui agak sempit.

"Rumah mentua semua lengkap serba-serbi. Rumah sewa yang kami jumpa tu murah saja, RM350 lengkap semua. Cuma suami kata kecil sangat.

"Masuk je terus nampak katil, kemudian bahagian tengah ada toilet dan bahagian belakang sekali dapur. Kira rumah tu tiada ruang tamu untuk tetamu datang.

"Saya okay sahaja asalkan tak duduk dengan mentua. Tapi suami risau kalau ada keluarga, saudara mara nak datang rumah, lagi-lagi nak raya ni. Nanti apa pula diaorang cakap.

"Soalan saya satu je. Apa pendapat akak-akak dalam ni ye?" tanya wanita berkenaan meminta pandangan warga maya.

komen 1

Rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan supaya menetap di rumah sendiri.

Rata-rata netizen menyarankan wanita berkenaan agar berpindah demi kebaikan diri dan keluarga kecilnya.

"Pindah saja sis rumah sewa. Biar kecil asalkan hati tenteram.

"Pindah saja. Nanti buatlah penghadang untuk pisahkan ruang tidur dan ruang untuk tetamu duduk.

"Kenapa nak risau pasal tetamu datang beraya. Kalau mereka complaint rumah kecil ke apa, jawablah doakan rezeki kami bertambah supaya dapat sewa rumah lebih besar," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain