suria

Seks bebas jadi ‘lifestyle’, ketagih onani! Ramadan jentik hati pendosa untuk taubat, rajin ke masjid suci diri

Seorang lelaki bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. -Gambar hiasan

BULAN Ramadan yang penuh keberkatan sememangnya dinanti-nantikan umat Islam untuk menggandakan amal ibadah mereka.

Namun dalam situasi tertentu, bulan mulia ini juga menjentik hati segelintir individu yang selama ini diselubungi dosa untuk bertaubat.

Begitulah pendedahan seorang pemuda yang selama ini berasa selesa hidup dalam kemaksiatan dengan sering mengikut hawa nafsu.

Lelaki itu mengakui pernah hidup dalam kemaksiatan. -Gambar hiasan

Bermula dengan 'teman tapi mesra', dia cuba untuk menghentikan perbuatan itu dengan kaedah lain iaitu onani.

"Saya tak mahu lagi terlibat kancah dosa besar ini. Saya sungguh-sungguh mahu berhenti dari dosa besar yang maha dahsyat ni.

"Dulu aku berjuang untuk tidak berzina, dan gantikan dengan onani. Tiga bulan aku clean daripada aktiviti haram tapi onani hampir setiap hari dalam sebulan," katanya.

Menerusi satu luahan di grup Facebook, kata pemuda itu, dia juga kini berjuang untuk berhenti daripada melakukan onani dan kini melalui fasa 'pembersihan'.

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya taubat... Pasangan berzina sebelum nikah diuji rezeki sempit, serba-serbi tak cukup! - “Masa tu tak fikir kifarah”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gay tegar’ dimandikan ustaz! Mahu bertaubat, minta dibantu putuskan hubungan songsang

Nekad untuk bertaubat, dia pergi ke masjid setiap hari sempena Ramadan ini.

"Aku pergi tarawih setiap hari, baca al-Quran. Walaupun aku rasa malu dengan Tuhan yang bagi nikmat tak berbelah bagi, aku rasa Dia bagi dalam keadaan marah supaya aku leka dengan maksiat ni, ampunkan dosa saya ini.

"Sekarang hari ketujuh clean. Saya ikut solat tarawih dan wajib berjemaah. Tujuh hari tanpa onani, saya berjuang sendirian," ujarnya.

Solat berjemaah di masjid kini menjadi rutin harian. -Gambar hiasan The Star

Dalam hantaran itu, dia turut memohon netizen yang membaca luahannya supaya mendoakan agar dia pulih dan istiqamah dengan apa yang dilakukannya.

"Dan doakan aku agar Allah bagi keampunan kepadaku. Cukuplah keampunan aku minta setiap hari setiap detik, masih juga aku rasa aku berdosa dan mengganggu hatiku.

Semoga diberikan kekuatan untuk melawan nafsu sendiri dan nafsu serta hasutan luar.

NETIZEN

"Doakan aku kuat mendidik nafsuku. Mohon doa kalian, aku mahu berubah. Aku sudah lama rindu halawatul iman (kemanisan iman) dalam ibadah dan kehidupanku," katanya lagi.

Namun jauh di sudut hati, dia tetap merasakan dirinya masih berdosa pada Tuhan.

"Apakah Tuhan akan mengampunkan dosaku? Atau Tuhan akan hukum aku di dunia ini seperti kemalangan, sakit atau apa-apa musibah? Aku tak sanggup," luahnya.

Mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran. -Gambar hiasan The Star

Di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan keputusannya meninggalkan perbuatan maksiat, malah memberi semangat kepadanya untuk terus istiqamah.

"Semoga dipermudahkan. Nafsu ni tetap akan menghantui diri kita, cuma kena sibukkan diri sampai terlupa nak buat benda haram. Banyakkan istighfar. InsyaAllah di bulan mulia ini dapat berubah ke arah lebih baik.

"SubhanaAllah, tanda-tanda Allah masih sayang pada kita. Semoga diberikan kekuatan untuk melawan nafsu sendiri dan nafsu serta hasutan luar.

"Teruskan perjuangan, banyakkan aktiviti di luar bersama rakan-rakan atau komuniti, amalkan gaya hidup sihat. Jangan tinggal solat, semoga kehidupan mendatang kau akan lebih baik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain