suria

Tak sempat tunggu pesanan sampai, pelanggan suruh rider makan - “Saya terpaksa keluar, halal bagi abang”

Bertemu dengan pelanggan yang baik hati juga merupakan salah satu bentuk rezeki. -Gambar hiasan

UNGKAPAN peribahasa ada menyebut, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Jika sebelum ini banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan keluhan pekerja penghantar makanan (rider) mengenai kerenah pelanggan, namun ramai juga dalam kalangan golongan ini yang direzekikan bertemu mereka yang baik hati.

Begitu juga dengan kisah dikongsikan seorang rider ini yang tidak menyangka mendapat 'rezeki terpijak' daripada pelanggannya.

Menerusi sekeping gambar tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi sistem penghantaran makanan Grab Food, pelanggan berkenaan memaklumkan dia terpaksa keluar kerana mempunyai urusan dan tidak dapat menunggu pesanan makanannya tiba.

"Bang sorry, abang ambil order tu dan makan. Saya tak sempat ambil makanan. Halal saya bagi," tulis pelanggan tersebut dalam perbualan di aplikasi berkenaan.

grab 2

Tangkap layar perbualan antara rider dengan pelanggannya di dalam sistem Grab.

Mesej yang dihantar pelanggan berkenaan membuatkan rider itu berasa serba salah kerana belum dapat menyerahkan makanan yang dipesannya.

"Aduh, habis encik makan apa? Saya masih dekat kedai ni," jawab rider tersebut.

Dalam jawapan balasnya, pelanggan tersebut memaklumkan dia terpaksa keluar kerana mempunyai urusan kerja di lokasi lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dapat rezeki luar biasa selepas baiki basikal kanak-kanak istimewa nak ke surau - “Tak mudah orang nak bagi sebanyak tu”

"Halal saya bagi abang makan," tulisnya sekali lagi.

Terharu dengan jawapan yang diberikan, rider tersebut mendoakan semoga pelanggan berkenaan dimurahkan rezeki.

Ramai orang baik-baik dekat Malaysia ni.

NETIZEN

Dalam perkongsian yang dibuat di laman grup GrabFood Rider Malaysia, rider berkenaan walau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai lokasi penghantaran dan makanan yang dipesan oleh pelanggan terbabit.

Namun perkongsian kisah itu membuatkan warga maya turut memuji kebaikan hati pelanggan berkenaan.

Dalam pada itu, ada di antara rider turut berkongsi pengalaman manis masing-masing yang dipertemukan dengan pelanggan berhati mulia.

komen grab

Warga maya menyifatkan rider berkenaan beruntung kerana dipertemukan dengan pelanggan yang baik.

"Pernah dapat order pizza hantar hotel. Kemudian pelanggan chat cakap hotel tak bagi makanan luar masuk. Dapat fare free, dapat makan free siap tip.

"Alhamdulillah... aku pun pernah dua kali customer belanja macam ni. Order lambat siap tapi customer ada hal kena keluar, diorang mesej tak payah hantar.

"Ramai orang baik-baik dekat Malaysia ni,"demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi