suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ‘paksa’ beri RM300 sampai sesak setiap bulan... Pemuda dah berhenti kerja sedar sesuatu selepas dapat kad bank ibu

Gaji kecil membuatkan segelintir anak muda berkira-kira untuk berbelanja. -Gambar hiasan The Star

SEGELINTIR individu yang bergaji kecil sering kali merungut apabila berhadapan dengan kos sara hidup.

Itu belum lagi sebahagian pendapatan perlu ditolak untuk komitmen bulan, termasuk duit belanja buat ibu bapa mereka.

Mungkin ada pemberian untuk ibu bapa bukan kerelaan hati, sebaliknya 'dipaksa' melakukannya.

Seperti yang diluahkan seorang pemuda, dia mengakui dirinya terpaksa untuk memberikan sebahagian daripada gaji bulanannya kepada ibunya.

Kebanyakan anak muda berasa sedih apabila sukar mendapatkan pekerjaan pilihan. -Gambar hiasan The Star

Sukar untuk mendapatkan pekerjaan pilihan memberi tekanan. -Gambar hiasan The Star

“Mak aku setiap bulan akan paksa aku bagi RM300 pada dia.

“Aku kadang-kadang sampai 'sesak' setiap bulan. Tapi nak atau tidak, memang akan bagi juga pada mak,” katanya.

Bukan itu sahaja, keperluan rumah turut dibelikan sehingga kadang kala dia tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk perbelanjaan peribadi.

“Barang rumah pun aku beli,” luahnya di laman X.

Baru bekerja selama dua tahun, dia bagaimanapun berhadapan dengan situasi yang tidak disangka-sangka apabila terpaksa berhenti kerja, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau B40, takkan nak anak B40 juga” - Mak ayah dibidas minta duit atas nama ‘balas jasa’! Siap suruh buat loan, bayar kad kredit

Keadaan itu menyebabkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan dan sukar mencari pekerjaan lain.

Namun, sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila ibunya yang selama ini sering meminta wang setiap bulan membenarkannya untuk mengeluarkan wang simpanan daripada akaun bank wanita itu.

“Hari tu aku kena berhenti kerja, mak aku bagi kad bank. Rupanya mak aku minta RM300 tu untuk buat tabung aku.

“Dalam kad (bank) tu ada RM7,800,” katanya lagi.

Mungkin dia boros, sebab itu mak dia buat 'simpanan paksaan' macam tu.

WARGA MAYA

Menurutnya, wang simpanan ibunya sedikit-sebanyak dapat membantunya dalam urusan harian sementara mendapatkan pekerjaan baharu.

Menerusi luahan yang dikongsikan seorang pelayar X itu, tiada siapa dapat menyangka rupa-rupanya wang simpanan ibu untuk rancangan kewangan terutama ketika kecemasan.

"Mak adalah perancang kewangan yang sebenar," katanya ringkas menerusi satu ciapan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyatakan tidak semua ibu bapa berperangai toksik dan hanya bergantung sepenuhnya pada anak-anak.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini media sosial dipenuhi dengan luahan anak muda yang terpaksa memberikan sejumlah wang kepada ibu bapa mereka meskipun terbeban dengan kos sara hidup sendiri.

“Banyak pula kisah anak-anak bekerja dan berhadapan dengan ibu bapa yang memeras duit sampai mereka tak cukup setiap bulan hingga tiada simpanan. Bukan semua ibu bapa adalah 'toksik'.

“Ada mak ayah yang tak mahupun duit anak-anak, tapi ambil sebab nak biar duit gaji anak-anak berkat.

“Mungkin dia boros, sebab itu mak dia buat 'simpanan paksaan' macam tu.

“Sama macam ibu saya, setiap bulan minta RM1,000 untuk simpan. Alhamdulillah, duit tu saya dapat guna untuk kahwin tahun lepas,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain