suria

“Kau B40, takkan nak anak B40 juga” - Mak ayah dibidas minta duit atas nama ‘balas jasa’! Siap suruh buat loan, bayar kad kredit

Ada sesetengah ibu bapa 'mewajibkan' anak-anak mengambil alih hutang selepas mendapat pekerjaan. Gambar hiasan

SUDAH menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan anak-anak antaranya kesihatan, pendidikan dan tempat tinggal selesa sehingga mereka menamatkan pengajian dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat, selepas melangkah ke alam pekerjaan, giliran anak-anak menghulurkan wang kepada ibu bapa sebagai membalas jasa orang tua masing-masing.

Namun wujud pula sesetengah ibu bapa yang 'mewajibkan' anak-anak mereka berbuat demikian, seolah-olah mahu 'menuai' hasil selepas melabur wang sepanjang membesarkan mereka.

Malah dalam kes yang lebih teruk, ada sesetengah ibu bapa yang mahu anak mereka menanggung segala macam perbelanjaan serta mengambil alih beban hutang, atas alasan sudah mempunyai pendapatan bulanan tetap.

duit

Memberi wang belanja kepada ibu bapa setiap bulan amat digalakkan asalkan tidak sehingga membebankan. Gambar hiasan

Jangan terkejut, senario tersebut sememangnnya benar-benar berlaku sebagaimana perkongsian seorang perunding kewangan, Faiz Azmi.

"Breakfast tadi terdengar conversation (perbualan) mak dan anak ni. The kid just got a job, and the mom said this to her 'mama ada hutang kereta dan CC (kad kredit), nanti kau ambillah PL (pinjaman peribadi) untuk settlekan hutang mak tu.

"B40 breeds (melahirkan) B40. Anak tu baru nak start hidup, dah kena tampung her financial mistakes," kongsinya dalam satu ciapan di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin tapi tak berduit, mak ayah kerja kilang pinjam Ah Long! Selesai majlis boleh pula bawa isteri honeymoon

Meluahkan pandangannya menerusi bebenang di laman sosial tersebut, Faiz berkata individu yang berpandangan jauh ke hadapan akan menyimpan wang untuk membiayai perkara penting seperti pendidikan anak-anak, melabur dalam perniagaan dan sebagainya.

"(Malah) ada yang bayarkan down payment rumah atau kereta. Tapi yang ni dia kasi hutang dekat anak-anak.

"Lepas tu ada yang bengong dalam threads ni akan kata bantulah mak bapa tu yang dah besarkan kau," tulisnya lagi.

Tambah Faiz, bukanlah menjadi satu larangan atau kesalahan untuk anak-anak membantu ibu bapa sebagai membalas jasa, namun tidak wajar sehingga ke tahap yang membebankan diri.

Kalau tak mampu nak bagi apa-apa pun, duit tak boleh bagi, education pun tak boleh bagi, at least janganlah bebankan anak-anak yang baru nak start kehidupan.

FAIZ AZMI

PERUNDING KEWANGAN

"Bila nak bantu, janganlah sampai sendiri sakit. Cashflow barai, personal liability affected, future tergadai. Nak bagi kena ikhlas. Kalau mak dah minta macam tu, anak mesti akan bagi walaupun sebenarnya tak suka.

"Ada orang cakap dan saya bersetuju. Pertama, mak tak boleh expect duit dari anak, anak boleh bagi dengan ikhlas kalau mampu.

"Kedua, anak tak boleh expect mak jaga cucu, mak boleh jaga dengan ikhlas kalau mampu. Ini tidak, mak expect anak bagi duit, anak expect mak jaga cucu.

"Lepas tu kamu hairan kenapa keluarga orang lain lebih baik daripada keluarga kamu. Dan akhir sekali, bila dah susah, salah semua orang, salah kerajaan tak bantu, salah kaum lain 'ambil banyak sangat', dan salah Allah sebab tak kasi rezeki," tulisnya dalam nada berbaur sindiran.

Ujar perunding kewangan itu lagi, sudah tiba masanya untuk setiap individu khususnya golongan B40 mengubah mentaliti dan stigma sedemikian untuk membina kehidupan yang lebih berjaya.

komen 1

Antara komen netizen terhadap perkongsian Faiz.

"Please break the poverty cycle. Kalau kau B40, takkanlah kau nak anak kau tu B40 juga macam kau? Janganlah macam tu, anak mesti lebih berjaya dari mak ayah, setidak-tidaknya cubalah, tingkatkan generasi seterusnya.

"Kalau tak mampu nak bagi apa-apa pun, duit tak boleh bagi, education pun tak boleh bagi, at least janganlah bebankan anak-anak yang baru nak start kehidupan.

"Saya beri ibu bapa setiap bulan, saya beri dengan rela sebab saya mahu baraqah (berkat). Bukan sebab kena paksa atau diminta," kongsinya lagi.

Sehingga kini, perkongsiannya di laman Twitter meraih melebihi 20,000 ulang kicau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain