suria

Selepas label diri sendiri ‘remaja paling kaya di Malaysia’, usahawan Kelantan dedah dah berjaya lahirkan jutawan usia 18 tahun

Kiri tangkap layar video Ayuni mendakwa dirinya remaja terkaya di Malaysia, kanan Ayuni dan suami.

GEMPAR apabila seorang usahawan dari Kelantan berusia 19 tahun mendakwa dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia.

Pendedahan’ itu dibuat oleh usahawan muda produk makanan tambahan itu sendiri, yang membezakan dirinya dengan remaja seusia yang kebanyakannya masih mengikuti pengajian di kolej.

"Confident beli kat mana?" kata seorang netizen, menerusi video yang dikongsikannya di laman sosial sehingga mencetuskan perdebatan dan kritikan ramai.

Susulan itu, usahawan berkenaan, Anes Ayuni Osman menjelaskan perkara sebenar kepada mStar dan dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Lebih mesra disapa Ayuni, dia mengakui dirinya bukanlah remaja terkaya di Malaysia seperti yang didakwa dalam video yang kini meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

"Saja je nak kasi naik kat FYP (for you page), kita kena luar dari kebiasaan. Kalau sekadar tunjuk biasa-biasa, tak akan keluar FYP.

"Saya pernah juga buat content berkaitan bisnes, tapi tak selalu sangat keluar FYP. Jadi saya create isu dengan saja claim sebagai remaja paling kaya," katanya ketika dihubungi mStar.

remaja terkaya 3

Ayuni merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan.

Ayuni berkata, videonya yang sensasi itu sebenarnya mendapat inspirasi daripada sebuah video yang disiarkan di laman YouTube pada tahun lalu, memaparkan dirinya sebagai salah seorang daripada 'usahawan remaja terkaya di Malaysia'.

"Yang komen 'Confident beli kat mana?' tu, jawabnya kerana video itulah. Dalam video tersebut, saya disenaraikan sebagai nombor satu, yang paling kaya. Saya difahamkan ia dibuat berdasarkan tular kisah saya yang menerima hadiah kereta Ford Mustang daripada suami masa baru kahwin awal tahun lalu.

"Saya faham mereka membuat senarai itu sebagai content, dan saya juga melakukan perkara sama sebagai content.

"Lagipun, saya ni jenis kalis kecaman dan kritikan netizen. Saya tak kacau hidup orang," katanya yang menetap di Kota Bharu.

remaja terkaya 6

Kisah Ayuni mula mendapat perhatian selepas menerima hadiah kereta Ford Mustang pada hari perkahwinan.

Menerusi video itu juga, dipaparkan dia dan suami pada tahun lalu, mencatatkan jualan pertama sebanyak RM1 juta dalam tempoh dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi 'ikat' suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas mengidam Lamborghini, bakal ibu mahu mewahkan anak dalam kandungan pula... beli beg baby RM50,000!

Kisah Ayuni pernah tular ketika hamil pada awal tahun ini kerana memewahkan anak sulung dalam kandungan dengan membeli beberapa beg berjenama mewah Louis Vuitton (LV) berharga RM50,000 untuk keperluan bayi.

remaja terkaya 5

Kejutan hadiah Lamborghini buat suami yang akan menjaga Ayuni dan bayi ketika berpantang.

Ayuni juga menjadi bualan selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini bernilai RM2 juta buat suami sebagai 'ganjaran' kerana menjaganya ketika berpantang.

Usahawan yang menetap di Kota Bharu itu bagaimanapun menjelaskan content yang dilakukannya bukan hanya untuk meraih tumpuan semata-mata, tetapi mahu menarik perhatian anak muda untuk menjana pendapatan.

Saya mahu lebih ramai anak muda mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik melalui bisnes.

AYUNI

"Dalam ekonomi terjejas dalam kalangan mereka, ramai remaja yang tak dapat nak sambung belajar sebab tak ada duit. Mungkin nak kerja pun susah.

"Video yang saya buat tu bukan nak kata saya kaya, tapi apabila remaja menontonnya, mungkin saya dapat prospek yang baik untuk mereka menceburi bisnes," katanya.

remaja terkaya 4

Ayuni dan suami bersama anak sulung mereka.

Ayuni berkata, dia dan suami meraih jualan sebanyak RM40 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu pada usia mereka 18 dan 19 tahun, serta melahirkan ejen bergelar jutawan.

"Saya mula buat bisnes dari umur 14 tahun, jual macam-macam. Malah, pernah kena tipu dengan pembekal dan terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

"Tapi saya tak patah semangat dan terus buat bisnes. Alhamdulillah dengan bisnes sekarang, ada ejen-ejen saya dalam kalangan anak muda berusia 17 dan 19 tahun.

"Malah, ada ejen yang merupakan remaja perempuan berusia 18 tahun, mencatatkan jualan RM8 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. Saya mahu lebih ramai anak muda mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik melalui bisnes," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi