SUDAH banyak kisah membabitkan kucing berbulu oren atau dipanggil oyen yang suka 'buat hal' dikongsikan di media sosial. Terbaharu, Bazilah Muhammad berkongsi video rakaman menunjukkan seorang lelaki mengejar sebuah kereta yang sedang bergerak keluar dari kawasan parkir pusat beli-belah. Dalam rakaman tersebut, kelihatan lelaki berkenaan cuba memberitahu pemandu kereta jenama Hyundai terbabit bahawa terdapat seekor kucing berada di atas bumbung kenderaannya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Kejadian berlaku hari Jumaat lebih kurang pukul 5 petang. Waktu tu saya berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah. “Saya toleh melihat ke arah kereta berkenaan yang ada tak jauh. Saya nampak macam ada patung atas kereta tu. “Tapi apabila kereta tu bergerak melintas di hadapan saya, barulah tahu rupa-rupanya kucing betul. Jadi saya pun tak lepaskan peluang dengan merakamkan video menghiburkan tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Oyen sarat mengandung suka berak di rumah jiran, hantar ‘warning’ tapi tak jalan... Lelaki berang akhirnya jumpa solusi, selesai masalah! ARTIKEL BERKAITAN: Oyen tak lalu makan, asyik mengiau-ngiau hidu tempat abah selalu baring... Wanita ini cuba ikhtiar, bawa ziarah pusara arwah ubati rindu Bercerita lanjut, Bazilah berkata kucing berkenaan pada mulanya dilihat sedang tidur di atas bumbung kereta sebelum dikejutkan apabila kenderaan itu bergerak. Memandangkan kereta sudah bergerak, mungkin si bulus itu tidak berani untuk terjun melarikan diri. “Kucing tu nampak cuak sangat. Mungkin dia terkejut agaknya apabila rasa dia boleh ‘terbang’ secara tiba-tiba. Ada orang di tempat kejadian beritahu kucing itu selalu tidur di atas kereta orang. BAZILAH “Jadi apa yang berlaku lepas tu, ada seorang lelaki berlari dengan laju menuju ke kereta tersebut. Dia berjaya memberhentikan kereta untuk maklumkan mengenai si oyen. “Selepas kereta berhenti, kucing tu terus terjun dari atas bumbung kereta. Lega si oyen berjaya diselamatkan. Terima kasih dekat abang tak dikenali tu,” jelasnya yang berasal dari Brunei. Video dikongsikan Bazilah meraih hampir 330,000 jumlah di TikTok. Seorang lelaki segera meminta pemandu kereta berhenti. Dalam pada itu Bazilah mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa kenderaan masing-masing sebelum bergerak. “Tak sangka video saya post masa pergi One Shopping Centre di Salambigar tu viral sampai ke Malaysia. “Ada orang di tempat kejadian beritahu kucing itu selalu tidur di atas kereta orang sebelum ini. “Apa-apa pun nasihat saya, sebelum bergerak ke mana-mana, sila periksa atas dan bawah kereta. Bahaya kalau ada kucing tidur dekat situ,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube