suria

Wanita terkejut ikan nampak segar, sampai rumah jadi busuk! Rupanya ada sebab peniaga bungkus di belakang tempat kira duit

Seorang wanita mendakwa ikan yang dibelinya tidak segar selepas ditipu peniaga.

PELBAGAI masakan yang enak tentunya daripada bahan mentah yang segar.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat segelintir peniaga di pasar tidak berlaku jujur.

Hasrat seorang wanita yang mahu menikmati makanan laut terbantut apabila mendakwa ikan kembung yang dibelinya sudah rosak dari sebuah pasar.

Seorang wanita mendakwa dirinya ditipu ketika membeli ikan.

Menerusi satu perkongsian video yang tular, wanita berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika berkunjung ke sebuah kedai dekat pasar di Johor, dan pada awalnya semua ikan yang dipamerkan kelihatan segar.

Tanpa menyatakan tarikh kejadian, dia memaklumkan apa yang dilihatnya sekadar 'gimik' semata-mata.

"Saya baru terkena, ikan yang dia (peniaga) letak atas meja depan mata tu nampak fresh, tapi yang dibungkus bagi dekat kita yang dah tak elok. Macam ni cara dia buat rupanya.

"Ikan yang kita pilih tu dia akan cedok depan kita. Tapi dekat belakang, dekat tempat yang dia kira-kira duit tu, ada lagi satu bungkusan ikan yang dah tak elok.

"Kalau kita lalai dan tak perasan, dia akan tukar bagi bungkusan ikan yang busuk tu dekat kita. Bila saya dah balik rumah, baru perasan ikan dalam tu semua dah busuk dan berbau," ujarnya dengan nada kesal.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik tapau lauk RM32 dituduh mencuri, peniaga dedah helah lepas periksa CCTV... Rupanya pergi kaunter hanya ambil tisu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa keras semacam!” - Pelanggan hulur wang kertas RM50, desak nak baki segera... Mujur peniaga nasi bajet kenal duit palsu

Susulan insiden itu, dia menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli bahan mentah.

"Hati-hati ye semua, sentiasa periksa ikan yang dibungkus sebelum beredar dari kedai," katanya lagi.

Sementara itu di laman X pula, seorang warga maya memberitahu modus penipuan tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Pastikan apa yang diberikan tu sama macam yang diambil. Buka je plastik, jangan risau.

WARGA MAYA

"Kena berjaga-jaga waktu beli ikan. Kes macam ni dalam lama berlaku sebenarnya. Satu teknik macam ni, dia akan bagi ikan yang tak fresh, lagi satu dia akan bagi kurang timbang.

"Yang jual buah-buahan pun ada tipu macam ni juga. Buah yang ditimbang lain, yang diberinya lain.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Tak kira orang mana pun, bukan setakat di Johor, kalau beli ikan pastikan apa yang diberikan tu sama macam yang diambil pada awalnya. Buka je plastik tengok, jangan risau.

"Kita ada hak sebagai pengguna," kata sebahagian warga maya menitipkan pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain