suria

Adik ‘lalok’ ketum mengamuk tumbuk kakak, anak buah! Tapi mak ayah tetap sayang, sanggup berhabis bayar ikat jamin

Ketum boleh mengakibatkan ketagihan. -Gambar hiasan The Star

PERSELISIHAN faham dan pertelingkahan sesama anggota keluarga adakalanya tidak dapat dielakkan atas pelbagai faktor.

Namun kebanyakan hanya bersifat sementara yang berpunca daripada isu remeh.

Bagaimanapun lain pula dengan wanita ini apabila dia menerima ugutan hingga mengancam nyawa daripada adik kandung sendiri.

Segalanya bermula apabila dia tidak membenarkan adiknya menggunakan kereta untuk pulang ke kampung bersama isteri yang sedang hamil.

"Saya duduk serumah dengan adik dan isterinya. Kami bergaduh berpunca daripada adik yang nak pakai kenderaan saya untuk balik ke kampung bersama isteri.

WhatsApp Image 2023-10-09 at 2.25.35 PM

Pergaduhan antara adik-beradik adalah perkara biasa dalam keluarga. -Gambar hiasan The Star/ Azhar Mahfof

"Dia menganggur dan isterinya sedang sarat hamil. Saya nasihatkan dia berjimat dan jangan asyik nak balik ke kampung atau berjalan kerana dia tidak bekerja," luahnya.

Tambah wanita itu, selama ini segala makan minum serta keperluan adiknya bersama isteri turut ditanggung sepenuhnya oleh dia dan suami.

Namun pada hari kejadian dia cuba menasihati si adik supaya lebih berjimat cermat.

Disebabkan tidak membenarkan keretanya dipinjam, mereka berdua bertengkar mulut sehingga dia diugut menggunakan pisau.

"Jadi kami bertengkar mulut, adik saya ambil pisau ugut nak bunuh saya.

Air ketum terhasil daripada rebusan daunnya. -Gambar hiasan The Star

Air ketum terhasil daripada rebusan daunnya. -Gambar hiasan The Star

"Saya pegang anak kecil waktu itu... adik saya tumbuk saya sampai terjatuh dan tumbukan tu terkena sikit pada anak," ujarnya lagi.

Ancaman dan keganasan yang dialami mendorong wanita ini melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Susulan daripada itu, adiknya ditahan untuk siasatan lanjut.

Namun selepas perkara yang berlaku sampai ke pengetahuan keluarga, kedua-dua orang tua mereka mulai marah kepadanya dan meminta supaya laporan polis ditarik balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mangsa pukul buat ‘help gesture’ di tapak karnival, mujur ada yang faham - “Dia seperti ketakutan, tahan sakit”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekali aku pukul, sampai kahwin aku pukul kau" - Wanita ketakutan diugut bakal suami dipercayai anggota keselamatan

"Adik saya penagih ketum... semasa polis buat tangkapan di depan rumah saya, dia sedang menunggu kepulangan saya dengan parang.

"Saya nak tarik report sebab bergaduh dengan mak ayah saya dan isterinya sedang sarat hamil," tambahnya lagi.

Lebih menyedihkan apabila ibu dan bapanya bukan sahaja tidak bimbang dengan keadaannya malah sanggup berhabis duit untuk membayar ikat jamin bagi membolehkan si adik keluar daripada lokap.

Mengakui rasa sedih dan kecewa, wanita ini berkata kini ibu dan bapanya juga berjanji untuk menyara adiknya bersama isteri dan anak yang bakal lahir nanti.

Jangan jadi b***h dengan tarik report. Biar saja, itu jalan yang terbaik... nak sampai puan atau ada yang mati dulu ke?

WARGA MAYA

"Mereka nak sara isteri, cucu dan anak di rumah mereka sendiri serta berjanji nak carikan kerja untuk adik.

"Saya kira-kira dengan suami, kalau masuk penjara pun tak lama dalam setahun dua sahaja tapi mak ayah saya berkata adik akan berubah... kalau tak sekarang mungkin berubah apabila mereka meninggal dunia nanti.

"Mereka tak beri peluang langsung untuk adik tinggal sendiri dan berdikari dengan isteri serta masih menganggap adik sebagai anak kecil," luahnya lagi

Malah dakwa wanita ini lagi, ketagihan adiknya tidak akan berubah kerana bapa mereka juga turut mengambil minuman terlarang itu.

Antara reaksi warga maya berhubung masalah yang dihadapinya.

Antara reaksi warga maya berhubung masalah yang dihadapinya.

Dia juga sudah biasa melihat perabot rumah mahupun kenderaan yang dirosakkan disebabkan ketagihan tersebut.

"Saya percaya adik tak akan berubah sebab ayah saya pun minum ketum juga. Mengamuk pecah barang rumah, kereta dan motor sudah jadi suatu kebiasaan.

"Sebagai kakak, saya dah buat yang terbaik untuk ubah keluarga tapi sebaliknya macam-macam dipersalahkan.

"Saya turutkan adik tinggal dengan saya sebab nak jaga aib keluarga sebab isterinya hamil," katanya.

Bimbang keselamatannya bersama anak dan suami, wanita ini mengambil langkah menjarakkan dirinya daripada keluarga.

Dia juga enggan pulang ke kampung halaman kerana berasa tawar hati dan kecewa dengan situasi yang berlaku.

Perkongsiannya di Facebook mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyokong tindakan yang dibuat.

"Jangan jadi b***h dengan tarik report. Biar saja, itu jalan yang terbaik... nak sampai puan atau ada yang mati dulu ke?

"Awak dah cukup baik bagi adik tumpang rumah... siap suami awak tanggung makan dia dan isteri. Tapi sayangnya dia tak ada hormat pada awak sebagai tuan rumah, lagipun jangan sebab ini awak dengan suami pula bermasalah.

"Setakat ini, itu adalah jalan yang terbaik saudari telah lakukan. Jangan rasa bersalah hanya kerana tekanan daripada pihak ibu bapa," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain