HIDUP setiap insan pasti dihiasi pelbagai cita-cita untuk menuju ke menara gading. Namun, ujian dan cabaran yang mendatang boleh memaksa seseorang itu untuk melupakan impiannya. Begitulah luahan tanpa nama di laman X, mengenai seorang lelaki yang berasa penat menempuh liku-liku kehidupan dan kini hanya mengikut apa yang sudah ditakdirkan buat dirinya. Kegagalan dalam hidup pastinya menyedihkan. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, dia sudah berusaha sehabis baik untuk mengejar apa yang diimpikan tetapi hanya menemui kegagalan. "Aku berusia 30-an dan masih belum berkahwin. Sekarang baru aku faham dengan apa yang dimaksudkan sebagai rezeki dan ujian. "Kita jadi la orang sebaik mana pun, penuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak, abang, dan juga seorang lelaki. Tapi kalau ditakdirkan bukan rezeki kita tak boleh buat apa. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut jumpa duit, surat ‘wasiat’ arwah sahabat... Terbongkar kisah didera bekas isteri, dianiaya makan bangkai ikan busuk! ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki hati tisu, menangis kakak pakaikan bedak... Si bongsu rindu arwah ibu - “Terbayang macam mak ada dekat belakang” "Tak kisah la kalau kita kerja bagus macam mana pun, belajar setinggi mana pun. Aku tertanya-tanya, teruk sangat ke aku ni? Akhirnya aku menyerah kalah, biarlah aku jadi orang biasa-biasa je, tak bercita-cita tinggi dah. "Hidup sekadar hidup dan bersyukur dengan apa yang ada. Sementara itu, terus menjalankan tanggungjawab yang dipikul," ujarnya yang mengakui tidak bersemangat. Walaupun hidup ni kosong, kawan dengan orang baik-baik dan soleh. Ada masa lapang hadiri majlis ilmu, kumpul bekalan akhirat. WARGA MAYA Tiada siapa menyangka dia sebelum ini pernah berhasrat untuk mempunyai kehidupan yang selesa, tetapi impian itu kini hanya berkubur begitu sahaja. "Dulu ada usaha nak dapatkan kerja elok, ada rumah, cari pasangan dan kahwin supaya boleh jalan-jalan sekeluarga dengan anak. Itu dulu niat aku, konon nak mengubah hidup. "Sekarang aku hanya mampu tersenyum seorang diri apabila terkenangkan semua angan-angan itu. Jauh betul aku merancang. Adik-beradik dan kawan-kawan sekarang sibuk ada keluarga sendiri. "Aku pula kalau tengok cermin rambut dah banyak beruban, badan pun lenguh. Aku tahu bukan aku seorang je yang hadap macam ni. Ini sekadar luahan, apa yang Tuhan bagi aku terima," katanya. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui turut berkongsi perasaan yang dialami pemuda berkenaan. "Sama bro, terkilan tu ada tapi tak apa, bersyukur kita bangun pagi masih bernyawa, dapat bergerak ke sana dan ke sini. InsyaAllah Tuhan akan tambah lagi nikmat. "Walaupun hidup ni kosong, cuba kawan dengan orang baik-baik dan soleh. Ada masa lapang hadiri majlis ilmu, kita kumpul bekalan akhirat. "Hidup ni 'keras' tapi kita teruskan juga kehidupan, semoga yang senasib sentiasa kuat mengharungi hari-hari seterusnya," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube