suria

Layan drama sebab cakap Sabah, rantai pelakon jadi perhatian... Geng suri rumah samakan dengan pengikat langsir

Rantai pelakon disamakan dengan pengikat langsir. -Gambar Facebook

SIAPA sangka tali pengikat langsir yang direka cantik dan dibaluti manik kecil pada bahagian hujungnya boleh dijadikan salah satu aksesori perhiasan wanita.

Mana tidaknya, pengikat langsir tersebut bersaiz besar dan mempunyai rekaan unik pada bahagian hadapan seolah-olah dua bola kecil dicantum.

Apabila dijadikan rantai leher pasti ramai tidak menyangka ia adalah barang kelengkapan rumah.

Tambahan pula, kesan pencahayaan menjadikannya tampak lebih eksklusif.

Pengikat langsir yang menjadi pilihan kebanyakan suri rumah masa kini. -Gambar Facebook Fhatin Mohamad

Pengikat langsir menjadi pilihan kebanyakan suri rumah. -Gambar Facebook Fhatin Mohamad

Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook, dia mendapati ‘rantai leher’ yang digunakan pelakon dalam cerita yang ditayangkan di TV seperti tali pengikat langsir.

Bukan sahaja bentuknya seperti yang digunakan di rumah, malah katanya, warnanya juga adalah sama.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun pakai di leher, akak Kelantan terkejut untung berlipat kali ganda selepas jual rantai emas - “Tahu-tahu duit beranak”

ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas anak lesap sekelip mata, video tunjuk ada wanita potong dari belakang - “Cepat betul dia buat kerja, memang pro la”

“Hari tu tertengok cerita ni, mula-mula layan sebab cerita tu cakap Sabah.

“Tapi lama-lama tengok macam makin mengarut, tiba-tiba macam jumpa puteri kayangan di alam lain sampai anak pun tanya tu syurga ke.

Nak pakai besar-besar macam founder tak mampu, pakai sajalah apa yang ada kerana angan-angan tu percuma.

WARGA MAYA

“Tapi akak tak pelik sangat part tu, cuma yang akak hairan sekarang apa hal leher dia tu dipakaikan pengikat langsir kedai RM2?” soalnya.

Dia kemudian mempersoalkan kenapa kru produksi tidak menggunakan rantai mutiara palsu jika tidak mempunyai bajet lebih untuk penggambaran.

“Kalau ya pun carilah rantai mutiara, tak kisahlah yang fake,” tambahnya lagi.

Warga maya turut terhibur dengan perkongsian wanita tersebut.

Warga maya turut terhibur dengan perkongsian wanita tersebut.

Perkongsian itu menyebabkan warga maya terutama dalam kalangan suri rumah rut tampil memberikan komen.

Kebanyakannya terhibur dengan hantaran yang dibuat sehingga turut menjadikannya sebagai bahan gurauan.

“Sebiji macam rumah aku punya, patut hilang satu... nanti pulang balik ya.

“Akak ada tali gold... bolehlah pakai pergi kenduri nanti. Lagipun anak yang kecil suka buat rantai leher dia.

“Baru tahu fungsi lain selain pengikat langsir. Nak pakai besar-besar macam founder tak mampu, pakai sajalah apa yang ada kerana angan-angan tu percuma.

Aesthetic kak, kita apa tau... barulah kayangan,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain