suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Susah dapat kerja, lulusan ‘engineering’ dah 2 tahun jadi rider... Isteri tolong ‘iklan’ resume selepas 9 bulan kahwin

Graduan Kejuruteraan Mekanikal sukar mendapatkan pekerjaan bersesuaian. -Gambar hiasan The Star

PASANGAN suami isteri perlulah saling lengkap melengkapi supaya sama-sama dapat mengecapi kebahagiaan rumah tangga sekali gus mengekalkan ikatan perkahwinan yang terjalin.

Begitulah yang dilakukan seorang wanita apabila dia tanpa rasa malu, sanggup mengiklankan resume suaminya bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.

Menerusi perkongsian di Twitter, wanita yang dikenali sebagai Afiqah Zamri menyatakan dia sedang membantu suaminya mencari pekerjaan.

Keratan resume yang dikongsikan isterinya di halaman Twitter.

Keratan resume yang dikongsikan isterinya di halaman Twitter.

"Hi! Saya membantu suami mendapatkan pekerjaan yang sesuai kelayakan pengajian... Ijazah Kejurteraan Mekanikal di UTMKL (Universiti Teknologi Malaysia) Kuala Lumpur, graduasi 22 November 2022.

"Dalam tempoh ini, dia telah melakukan pelbagai pekerjaan dan fokus kepada penghantar makanan. Lokasi bekerja di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur," ciapnya.

Ketika dihubungi mStar, suaminya, Muhammad Zain berkata, dia tidak pernah meminta isterinya mengiklankan resume di media sosial namun ia dilakukan kerana ingin membantu mendapatkan pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Driver Grab tak sia-siakan kepintarannya! Tayang resume dalam kereta, penumpang kagum bukan calang-calang lulusan

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan meratap nasib tak dapat kerja best, letih tugas di kedai serbaneka - “Ini normal dik, ramai dah lalui”

Jelasnya,selepas tamat pengajian dan latihan industri, dia tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan berkaitan skop pengajian meskipun telah banyak membuat permohonan.

"Isteri buat sebab nak tolong saya cari kerja. Sekarang saya kerja sebagai penghantar makanan dan Alhamdulillah sudah hampir dua tahun melakukannya," luah pemuda berusia 25 tahun itu lagi.

Berkongsi tentang kaedah 'iklan' yang dilakukan isterinya, dia yang berasal dari Merlimau, Melaka berkata, ia sedikit sebanyak membantu membuka peluang untuk dirinya mendapatkan pekerjaan baharu yang lebih stabil.

Cuba mohon kerja di Singapura... dekat sana banyak syarikat cari jurutera dan gaji yang sesuai.

WARGA MAYA

Dia mengakui terdapat beberapa individu yang menghubunginya berhubung kekosongan jawatan selepas resume dikongsi secara terbuka oleh isterinya.

Bagaimanapun, kebanyakannya adalah daripada individu, bukan syarikat.

"Sejak graduasi lagi saya mencari kerja di Melaka sebab nak tinggal berhampiran isteri dan mak ayah tetapi agak susah untuk dapat tawaran.

Warga maya turut memberikan tips dan berkongsi platform lain untuk memohon kerja.

Warga maya turut memberikan tip dan berkongsi platform lain untuk memohon kerja.

"Pernah temuduga dalam jawatan berkaitan tetapi tidak berjaya menempatkan diri kerana mereka meletakkan syarat pengalaman," luahnya yang baru sembilan bulan mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana isterinya banyak membantu dalam permohonan pekerjaan selain memberi sokongan dan kata-kata perangsang.

Menyusuri ruangan komen, ramai yang tampil memberi komen positif dan mendoakan lelaki ini segera mendapat pekerjaan yang bersesuaian.

Tidak kurang juga yang berkongsikan beberapa platform lain yang boleh digunakan untuk mencari pekerjaan.

"Buka akaun di LinkedIn, cuba cari apa-apa pekerjaan yang berkaitan. Gambar profile nanti set open to work.

"Hi sis, suruh suami awak jelaskan lebih lanjut tentang pengalaman latihan industri berbanding rider.

"Cuba mohon kerja di Singapura... dekat sana banyak syarikat cari jurutera dan gaji yang sesuai," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain