suria

Luar biasa di Kelantan! Gadis beratur 15 jam demi kunafa dijual influencer… Muka ‘burn’, duit habis tapi pulang tangan kosong

Bito dan rakannya beratur sejak pagi untuk membeli kunafa viral.

SEORANG gadis dikenali sebagai Bito meluahkan rasa kecewa apabila usahanya beratur kira-kira 15 jam untuk membeli kunafa berakhir dengan sia-sia.

Menerusi video tular, orang ramai dilihat berasak-asak untuk membeli manisan tradisional Timur Tengah itu yang dijual oleh seorang pempengaruh media sosial menerusi sebuah acara di Kota Bharu, Kelantan, pada Khamis.

Dakwa Bito, ramai pelanggan gagal membeli kunafa apabila barisan panjang mereka dipotong oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku kekecohan teruk.

kunafa1

Dua gadis ini gagal membeli kunafa selepas seharian beratur di lokasi jualan.

"Saya beratur 9.30 pagi sehingga 12.45 tengah malam macam tu. Saya pun tak jangka akan segigih ini beratur. Sekali seumur hidup beratur macam ni. Nak give up awal, tapi tengok sekeliling yang bawa anak kecil.

"Makcik-makcik pun beratur, jadi kita pun stay juga. Ramai yang potong barisan, sampai bertumbuk. Kami kat belakang ni tak tahu apa-apa sebab jarak jauh.

"Untuk yang potong barisan, kalau awak rasa happy dengan cara ini, silakan. Tapi ingat, saya tak halalkan yang potong barisan saya," kata gadis berusia 24 tahun itu kepada mStar.

Asalnya nak beli untuk diri sendiri dalam dua ke tiga bekas je. Sambil tu open order, kot ada sesiapa yang nak kirim.

BITO

Menurut Bito, dia yang beratur bersama seorang rakannya berasa lebih kecewa kerana ada beberapa individu meminta pertolongannya untuk membeli kunafa, malah mereka juga telah membuat pembayaran awal.

"Asalnya nak beli untuk diri sendiri dalam dua ke tiga bekas je. Sambil tu open order, kot ada sesiapa yang nak kirim. Saya ambil caj RM5 sebekas. Jadi saya fikirkan nak bawa balik yang orang kirim, orang berharap, ada yang mengidam sangat.

"Untuk diri sendiri tak fikir apa dah. Sebab tu kot saya stay sampai 12 malam. Ada dalam tiga ke empat orang kirim, tapi saya refund semua. Rasa kecewa, sebak tengok keadaan sekeliling, tak sangka diri sendiri sanggup beratur lama macam ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup beratur panjang demi kunafa! Ini 5 ‘port’ viral yang ramai kata sedap

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

"Penat, rasa macam tak ada kaki dengan pinggang dah. Cuaca panas terik. Burn teruk, habis modal nak rawat balik. Modal banyak habis sebab beli air bergelas-gelas dan makanan ringan masa beratur lama," ujar gadis dari Tanah Merah itu.

Menurut Bito, dia pernah membeli makanan daripada pempengaruh yang juga TikToker terkenal itu pada bulan lepas, namun tidak perlu menunggu lama seperti kejadian pada Khamis.

"Pernah beli dengan dia masa Food Republic bulan lepas. So nak cuba beli flavour lain pula. Masa Food Republic beratur tak sampai sejam.

"Sebab tu saya fikir kali ini pun tak lama. Tapi saya bertahan sebab fikir nak bawa balik orang punya," ujar Bito lagi.

553

Kunafa merupakan manisan tradisional Timur Tengah yang popular di Malaysia. -Gambar hiasan instagram kunafacrisp

Pempengaruh berkenaan turut memuat naik video permohonan maaf pada Jumaat selepas ramai pelanggan meluahkan rasa kecewa kerana gagal membeli kunafa sewaktu acara berkenaan.

Video ketika Bito serta pelanggan lain beratur untuk membeli kunafa turut tular di aplikasi TikTok sehingga dihujani pelbagai komen netizen.

"Tempat lain semua tak payah beratur macam ni tapi Kelantan ni, kenapa sampai macam ni sekali?

"Kesiannya awak. Orang susah nak faham. Kadang-kadang kita tak menyangka akan berlaku sedemikian.

"Bayangkan bagusnya kalau orang beratur ramai-ramai berasak-asak macam ni nak ke masjid atau surau," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain