MEREKA yang bergelar pendidik pastinya sudah biasa berdepan dengan bermacam ragam dan tingkah laku murid. Mana tidaknya, setiap murid mempunyai perangai serta tabiat tersendiri dan ada juga yang mencuit hati. Bagaimanapun tindakan murid yang membiarkan kertas soalan peperiksaannya kosong pasti mengundang reaksi kurang senang daripada sesiapa sahaja terutama sekali guru. Ciapan asal di X. Seperti gambar tular baru-baru ini, seorang guru meninggalkan komen di halaman pertama kertas peperiksaan muridnya selepas membiarkan ruang jawapan kosong tidak berjawab. Meneliti setiap bait-bait ayat yang ditulis, guru tersebut seolah-olah meluahkan rasa sedih kerana muridnya tidak berusaha untuk menjawab setiap soalan tersebut. "Semua soalan tidak berjawab. Tahniah untuk awak! Takziah untuk ibu bapa awak. Kesian dapat anak langsung tiada usaha untuk bahagiakan mak ayah!" tulisnya di kertas peperiksaan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu buat ‘content’ TikTok, akui bahagia ajar budak pandai... Syed Saddiq pula tegur jangan perlekeh pelajar ‘kelas belakang’ ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu lempang kakak sampai sakit gigi” - Ibu kesal guru kasar hukum murid, tak kisah garang tapi jangan sentuh muka, kepala Gambar kertas peperiksaan tersebut bersama komen guru kemudiannya dikongsikan seorang pelayar X (Twitter) yang berpandangan kata-kata guru berkenaan sebagai biadab. "Kau orang rasa cikgu bolehkah bagi kata-kata macam ni? Rude," ciapnya ringkas. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang berdebat tentang cara teguran yang patut diberikan oleh seorang pendidik. Sesi pengajaran dan pembelajaran kini sudah masuk pertengahan tahun. -Gambar hiasan The Star Ada yang merasakan teguran seumpama itu sebagai melampaui batas serta tidak menggambarkan keperibadian seorang guru. Bagi mereka, terdapat cara lain yang lebih 'lembut' untuk menegur perilaku murid terbabit. "Sangat tidak perlu untuk berkata begitu. Jika murid itu bermasalah, dia perlu bercakap dengan lembut atau menelefon ibu bapa murid itu dan memberitahu tentang masalah daripada terus melemahkan semangat. Antara reaksi warga maya berhubung isu tersebut. "Ini sebab saya rasa bukan semua guru adalah pendidik. Saya rasa guru sepatutnya memberi impak baik kepada murid... tapi ini terlampau kasar. Biadab dan merendahkan. "Ulasan tak membantu langsung. Lebih kepada tazkirah, sepatutnya jumpa murid dan tanya kenapa," ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun, sebilangan lagi menyokong tindakan guru tersebut dan menzahirkan rasa syukur kerana masih ada lagi pendidik yang memberi tumpuan terhadap masalah pelajarnya. "Untung dapat cikgu yang masih kisah pasal anak murid dia walaupun mak ayah dah tak ambil kisah. "Tak rude pun, normal cikgu berasa kecewa dengan murid, kalau dia cakap berhadapan... esoknya budak tu lupa. Sekurang-kurangnya budak tu tunjuk la usaha, jawab salah lebih baik daripada tak jawab langsung. "Mungkin dari sudut lain akan nampak ayat ni terlalu offensive tapi tak salah untuk seorang pendidik tu menegur demi kebaikan dan kemajuan pelajar dia," ujar sebilangan netizen lagi. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman berdepan murid seperti itu dan meluahkan bagaimana kesukaran seorang guru menangani situasi seumpamanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube