suria

Mantera tarik wang, wanita nak cepat kaya seru duit guna not RM10... Netizen bimbang ‘ibu duit’ terlepas ke tangan rider

Wang kertas yang dipercayai 'ibu duit' digunakan untuk membayar pesanan makanan.

SUDAH biasa kita dengar dalam kalangan komuniti peniaga tentang pelaris dan ibu duit yang digunakan untuk meningkatkan jualan mahupun menarik lebih ramai pelanggan agar datang ke kedai masing-masing.

Walaupun ia adalah amalan kurafat, masih ramai yang mempercayainya malah sanggup 'menconteng' wang dengan mentera tertentu yang diterima daripada pelanggan pertama semasa awal perniagaan kononnya sebagai 'magnet rezeki'.

Pun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok tentang penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10 dipercayai dijadikan ibu duit digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Zulaika terkejut apabila melihat duit penuh dengan tulisan.

Wang kertas RM10 yang dipenuhi tulisan tangan.

Seperti perkongsian seorang wanita bernama Zulaika yang bekerja sebagai penghantar makanan, wang kertas berkenaan dipenuhi tulisan tangan menggunakan pen berdakwat biru. Ia ditulis dengan perkataan berikut:

"21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu.

"Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.

"Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan," demikian coretan pada wang berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nampak pelaris! Hodoh, air keluar dari rongga muka masuk ke makanan pelanggan... Tak sempat makan tapi muntah tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi ‘pelaris’ bisnes sabun, netizen terhibur tengok gelagat peniaga keropok setia tunggu anak live di TikTok... “Comelnya ayah dia”

Menurut Zulaika, dia menerima wang berkenaan daripada seorang pelanggan yang membuat bayaran secara tunai semasa penghantaran (COD).

"Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja.

"Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan... barulah nampak," luahnya.

Umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Perkongsiannya Zulaika mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata seperti mengetahui maksud di sebalik wang dipenuhi tulisan berkenaan.

"Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu.

"Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada... macam mana nak ada duit.

"Ada nama dengan dia suruh duit panggil kawan-kawan dia. Ibu duit ni," ujar beberapa warga maya.

Antara reaksi warga maya selepas melihat duit berkenaan.

Antara reaksi warga maya selepas melihat duit berkenaan.

Tidak kurang juga yang menyatakan 'mantera' yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.

"Tak berani aku baca habis, takut berjangkit... takut kena sihir.

"Senang saja, kalau was-was... bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz," luah beberapa pelayar lagi.

Sebagai peringatan bersama, umat Islam dilarang meletakkan benda-benda fizikal seperti beras, syiling, garam dan sebagainya sebagai amalan pelaris untuk menarik pelanggan.

Seperti yang dihuraikan secara panjang lebar menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain