suria

Bapa jadi ‘pelaris’ bisnes sabun, netizen terhibur tengok gelagat peniaga keropok setia tunggu anak live di TikTok... “Comelnya ayah dia”

Sikap ayah Ekin yang setia menemani anak-anak berniaga menerusi TikTok menerima pujian ramai.

VIDEO seorang bapa yang setia menemani anak gadisnya berniaga sabun menerusi siaran langsung (live) TikTok menerima pujian netizen.

Dalam video tular itu, Ahmad Ramdan Ismail, 51, duduk di atas lantai sambil memerhatikan anak gadisnya yang sedang bersiaran langsung dari kediaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Nurul Ashikin, 25, dia dan adiknya, Nurul Natasha, 19, mereka mendapat sokongan penuh bapa sejak memulakan perniagaan sabun itu secara suka-suka, dua bulan lalu.

"Saya sebenarnya ada kerja hakiki sebagai kerani. Adik saya pula masih belajar di Politeknik. Kami mula berniaga sabun melalui aplikasi TikTok sejak dua bulan lepas. Kami berniaga secara sambilan je.

"Ayah pula dah 24 tahun berniaga keropok. Dia memang tak boleh tengok anak-anak berniaga, dia akan jadi bersemangat. Macam saya dan adik jual sabun, dia akan tunggu masa adik buat live setiap malam.

"Ada ketika, ayah akan tunjuk muka kat dalam live. Tapi biasanya dia akan perhatikan je. Dia yang lagi bersemangat, sentiasa beri dorongan supaya kami buat live untuk berniaga sabun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah cari rezeki, anak setia berteduh di bawah meja berniaga! Mainan dan kipas jadi peneman selama 6 jam di gerai

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tumpang berniaga dalam klinik, tak sangka pula 20 biji roti sosej habis licin! Tapi bapa pesan siap-siap, kena belajar cakap Melayu

"Malah dia akan tolong bungkuskan parcel. Kadang-kadang apabila kami bangun tidur, ayah dah siap bungkus semua parcel mengikut tempahan pembeli. Kadang-kadang pukul enam pagi ayah dah ketuk pintu, tanya sale kami," ujarnya yang senang disapa Ekin.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, aksi bapanya yang mencuri perhatian netizen turut membuka rezeki sehingga mereka menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan baharu.

Kata Ekin, dia teruja dengan sambutan positif itu dan turut menitipkan ucapan terima kasih atas doa-doa serta sokongan yang tidak putus-putus daripada netizen.

ayah3

Ahmad Ramdan bersama isteri dan anak-anaknya.

"Ramai juga yang nak beli sabun lepas video ayah viral. Pada masa yang sama, ramai puji ayah sebab sokong anak berniaga. Bila saya maklumkan mengenai viral ni, terus ayah download TikTok, dia baca komen satu persatu.

"Ahamdulillah, jualan pun meningkat. Terima kasih sangat kepada semua yang bagi sokongan serta mendoakan ayah saya," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai kisah hidupnya, Ekin dan adik-adiknya sudah terbiasa membantu ibu bapa mereka yang mengusahakan dua kedai keropok di negeri itu.

Dia akan tolong bungkuskan parcel... kadang-kadang apabila kami bangun tidur, ayah dah siap bungkus semua.

EKIN

Tambah Ekin lagi, bapanya juga sentiasa memberi nasihat berkaitan perniagaan dengan harapan apa yang diusakan dia dan adiknya akan membuahkan hasil lumayan.

"Banyak kata-kata nasihat ayah kepada kami. Kalau ayah tengok parcel ada sikit, dia kata tak apa, esok masih ada. Dia sentiasa bagi nasihat dan bagi semangat.

"Sejak kecil kami adik-beradik selalu bantu mak ayah berniaga keropok. Jadi banyak yang kami boleh pelajari daripada mereka," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video tular yang dikongsi Ekin meraih hampir 50,000 tontonan di TikTok.

aah5

Bapa kepada tiga cahaya mata ini menerima pujian ramai di TikTok.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen, memuji sikap comel bapa Ekin yang akrab dengan anak-anak perempuannya.

"Seronoknya ayah melayan. Semoga murah rezeki.

"Bagus ayah macam ni, mesti meriah dalam rumah.

"Comel, teringat kat abah saya macam ni la. Sokong bisnes anak.

"Comelnya ayah awak," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain