suria

Anak nampak pelaris! Hodoh, air keluar dari rongga muka masuk ke makanan pelanggan... Tak sempat makan tapi muntah tepi jalan

Pelaris dikatakan dapat menarik pelanggan ke kedai dan melariskan jualan.

PELARIS kedai makan bukanlah perkara baharu, malah sehingga hari ini masih ramai peniaga yang taksub dengan 'rezeki' yang dipercayai diperoleh melalui amalan kurafat itu.

Dengan menabur beras, syiling, garam mahu pun bahan lain seumpamanya, mereka percaya ia dapat menarik pelanggan supaya sentiasa datang ke kedai.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita ini, dia bersyukur kerana anak perempuannya mempunyai sixth sense (deria keenam) yang didakwa membolehkan mereka mengetahui sama ada kedai makan dikunjungi mempunyai pelaris atau tidak.

"Hari ini keluar makan bertiga... aku dan dua anak sebab lapar. Singgah kedai makan, tengah duduk tiba-tiba anak cakap 'mama kita salah pilih tempat, kita pilih yang ada pelaris'.

Beberapa jenis tulisan pelaris yang sering digunakan di kedai makan bagi menarik pelanggan.

Beberapa jenis tulisan pelaris yang sering digunakan di kedai makan bagi menarik pelanggan.

"Anak pun cakap, 'siapkan diri'. Jadi saya baca apa yang diketahui untuk melindungi diri sekeluarga," ceritanya yang dikongsikan di halaman TikTok.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat menikmati makanan yang telah dihidangkan.

Mana tidaknya, pelaris yang sinonim dengan makhluk halus 'mengganggu' mereka selepas mengetahui dirinya dapat dilihat.

"Semua makanan kami tinggalkan sebab pelaris itu menduga. Anak saya cakap dengan pelaris jangan kacau, kami hanya nak makan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi ‘pelaris’ bisnes sabun, netizen terhibur tengok gelagat peniaga keropok setia tunggu anak live di TikTok... “Comelnya ayah dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Dah pegang alat sulit anak selepas kencing, tukang masak selamba sentuh lauk pelanggan... patut la sedap, netizen syak ‘pelaris’

Dia kemudian mengambil keputusan untuk keluar dari kedai tersebut dan meminta anaknya membayar makanan yang dipesan.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, anaknya tiba-tiba muntah di tepi jalan.

Bukan itu sahaja, kereta yang dinaiki juga tiba-tiba bermasalah dan tersadai.

"Habis muntah, kereta sangkut sekejap sebab dia (pelaris) tidak puas hati.

"Apabila boleh bergerak, anak terus cakap kakak kesian tengok orang yang tak tahu, makan makanan yang dijual," tambahnya.

Amalkan selalu baca bismillah 5. InsyaAllah kita dilindungi Allah swt.

WARGA MAYA

Mana tidaknya, menurut cerita anaknya, pelaris yang digunakan di kedai makan berkenaan berwajah hodoh malah terdapat air meleleh keluar dari rongga mukanya.

Air yang meleleh itu pula dimasukkan ke dalam makanan pelanggan yang makan di kedai tersebut.

Meskipun sudah berada jauh dari kedai makan berkenaan, kejadian aneh sekali lagi berlaku apabila kereta yang dinaiki dihujani dengan pasir.

"Sampai di bulatan, kereta disiram dengan pasir yang jatuh di atas bumbung kereta.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentarnya.

Antara reaksi warga maya di ruangan komentarnya.

"Anak saya terus bertanya apa yang kau tak puas hati, aku bukan kacau kau pun... cuma halau kau dari buat benda tak senonoh tu," ceritanya lagi yang meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya ingin makan di luar.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelayar yang menyatakan wanita ini beruntung kerana mempunyai anak yang boleh melihat makhluk halus.

Dia kemudian menyatakan bahawa anaknya sering sakit semasa kecil selain hidup dalam ketakutan dan sukar dijaga.

Rata-rata warga maya tampil berkongsikan amalan masing-masing yang digunakan sebagai 'pendinding diri'.

"Amalkan selalu baca Bismillah 5. InsyaAllah kita dilindungi Allah SWT.

"Saya kalau masuk kedai mesti baca ayat Qursi, apabila makanan sampai guna jari gosok keliling pinggan atau gelas baca Bismillahilazzi layadurru sambil habis ayat.

"Keluar rumah ada amalkan Bismillah 5 dan ayat seribu dinar, Alhamdulillah tuhan lindungi diri daripada bahaya," kongsi beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain