suria

Ular tedung senduk hitam penunggu pusara, muncul celah-celah kepok... Netizen risau orang ziarah kubur ‘berpindah’ ke alam barzakh

Video kemunculan seekor ular hitam di kubur tular di aplikasi TikTok.

CUACA panas yang sedang melanda Malaysia bukan sahaja dirasai manusia, malah turut memberi kesan terhadap pelbagai spesies haiwan.

Orang ramai turut dinasihatkan agar berhati-hati dengan kehadiran haiwan berbahaya yang mungkin keluar dari 'sarang' berikutan cuaca ekstrem ketika ini.

Terbaharu, tular pula video memaparkan seekor ular berwarna hitam, dipercayai spesies tedung senduk yang keluar dari bahagian bawah binaan kepok sebuah kubur di Cheras, Selangor.

ular kubur2

Ular hitam itu keluar dari celahan kepok sebelum menjalar ke dalam lubang bersebelahan kubur.

Ketika seorang individu sedang merakam suasana di kawasan kubur itu, ular berkenaan dilihat menjalar keluar dan mengembangkan kepalanya.

"Musim-musim panas ni, hati-hati yang pergi ziarah kubur, takut ada yang tak diundang. Banyak ular yang keluar," tulis pemilik TikTok Mankubur.

Tambah individu itu, ular berkenaan menjalar keluar sebelum masuk ke dalam lubang yang terdapat bersebelahan kubur berkenaan.

Sekali kena patuk terus kita pun jadi ahli duduk dalam kawasan perkuburan tu.

NETIZEN

"Ular tu masuk dalam lubang tepi kubur budak tu. Ular dah lari. Saya dah racun tempat laluan dia, tutup semua lubang yang ada," ujarnya yang bekerja sebagai penggali kubur.

Video yang dikongsi individu berkenaan meraih hampir 20,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa bimbang akan kehadiran haiwan tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik belut yang dibeli suami, hitam bersisik kepalanya kembang dalam singki! Rupanya ular sedang ratah ayam

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gempar ular sawa muncul depan muka pukul 12 tengah malam... Gadis syak ‘penghuni’ Tasik Kenyir ikut dalam kereta

"Tangkap la bang. Bahaya juga tu kalau nanti ada orang ziarah.

"Sekali kena patuk terus kita pun jadi ahli duduk dalam kawasan perkuburan tu.

"Takut melawat kubur... lepas tu kita berpindah ke tempat yang sama, alam barzakh.

"Penunggu kubur rasanya," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain