suria

Isteri bangun tidur mengeluh sakit kaki, suami tak berkira terus belanja kasut mahal... Lelaki ini tak sangka rezeki makin mencurah-curah

Raja Muhammah Mursyid mengusahakan kafe kecil di hadapan rumahnya.

ADA ungkapan mengatakan, rezeki dalam rumah tangga akan berlipat kali ganda sekiranya si suami tidak berkira untuk membahagiakan isterinya.

Mungkin ada yang menganggap ungkapan tersebut tidak lebih sekadar ungkapan semata-mata, termasuklah lelaki ini.

Namun satu peristiwa yang dialaminya sendiri, benar-benar membuka mata mengenai kebenaran ungkapan berkenaan.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, lelaki bernama Raja Muhammad Mursyid, 27, berkata, isterinya sudah lama teringin untuk memiliki sepasang kasut baharu yang lebih selesa memandangkan pekerjaannya memerlukan wanita tersebut berdiri untuk tempoh masa yang lama.

kasut 1

Isteri Raja Muhammad Mursyid tidak pernah berkira membantunya mengusahakan bisnes kopi ketika cuti walaupun wanita itu bekerja di sebuah restoran.

"Wife aku dah berbulan dia nak beli kasut baru. Katanya penat kerja F&B (food and beverages) asyik berdiri. Aku diamkan aje, sebab kasut yang sedap tu mahal. Lagi-lagi yang memory foam tu. Mahu tiga empat ratus.

"Tiap bangun daripada tidur je mengeluh sakit kaki. Kesian tengok," ujarnya yang mengusahakan home cafe.

Dipendekkan cerita, lelaki ini berkata dia mendapat tempahan untuk membuka kedai kopi pop-out di rumah seorang klien selepas berbulan tidak melakukan perkhidmatan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis terima hadiah iPhone, isteri kongsi 3 petua bahagia dengan suami lebih muda

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pandai ambil hati, suami sanggup berhabis! Rancang kejutan, diam-diam bertukang ‘renovate’ rumah kampung jadi kediaman impian

"Wife aku cuti, tapi dia tetap ikut aku untuk tolong. Jadi macam tak cuti la dia. Kena berdiri lagi. Jadi balik je event, kami singgah Mytown nak beli kasut. Ada sales! Alhamdulillah.

"Jumpa memory foam tu ada dekat Bata, try punya try, sedap. Malangnya tiada saiz. Keluarlah kami kecewa. Dia kecewa sebab tak dapat kasut.

"Singgah pula Al-Ikhsan. Alhamdulillah ada sales! Tapi harganya tetap ratusan. Tapi aku biar je la dia try. And ada size pula! Takpalah. Aku fikirkan ada sikit untung tadi pop-out coffee tu. Bolehlah top up daripada bajet sebenar aku," kongsinya.

Ujar lelaki ini, dia tidak menyangka isterinya begitu gembira selepas mendapat sepasang kasut baharu yang menjadi idaman sejak berbulan lamanya.

Benarlah, rezeki tidak salah alamat. Tanpa disangka-sangka, ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membeli kasut, dia menerima mesej daripada klien berpotensi yang mahu mendapatkan khidmat membuka kedai kopi pop-out.

kopi 1

Kafe berkonsepkan home-cafe yang terletak di hadapan rumah mereka di Kampung Sungai Mulia.

"Rezeki... Tapi aku tak sedar apa-apa lagi. Malam pun berlalu, Tiba-tiba hari ni tiga notification aku dapat. Dua daripada WhatsApp dan satu daripada Instagram tanya pasal coffee pop-out.

"Ya Allah, ni ke apa orang cakap happy kan isteri, rezeki diluaskan. Jadi total daripada semalam empat orang tanya. Dua closed sales, dua lagi masih KIV.

"Terdiam kejap aku tadi. Jadi apa yang orang tua-tua cakap. Ada betulnya. Happy wife, happy family," ujarnya lagi.

Ketika dihubungi mStar, Raja Muhammad Mursyid berkata hantaran yang dibuat di Facebook tersebut bertujuan untuk berkongsi kisahnya sahaja namun sama sekali tidak menyangka ia meraih perhatian ramai.

Isteri ni kadang-kadang tak minta pun, tapi kalau boleh, kita bagi sikit ikut apa yang ada, cuba gembirakan mereka.

RAJA MUHAMMAD MURSYID

"Dalam berniaga, ada masanya naik turun... walaupun time 'turun', cubalah spend untuk orang terdekat. Walau rasa tak cukup, insyaAllah akan di top up nanti. Apabila kita percaya konsep rezeki, akan ada nanti.

"Isteri ni kadang-kadang tak minta pun, tapi kalau boleh, kita bagi sikit ikut apa yang ada, cuba gembirakan mereka.

"Nilainya tu tak penting, tapi penghargaan itu penting. Kalau tak cukup duit waktu tu, kita cuba ambil hati dan selalu ambil berat dan apabila dah cukup, kita tunaikan," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Sementara itu berkongsi serba sedikit mengenai bisnes home cafe yang diusahakannya iaitu Triplets Kedai Kopi Kampung, Raja Muhammad Mursyid berkata, ia dibuka di hadapan rumahnya di Kampung Sungai Mulia, Gombak, Kuala Lumpur sejak hampir setahun lalu.

"Bisnes ini saya usahakan secara sepenuh masa bersama ibu, manakala isteri akan membantu apabila cuti dan waktu dia habis bekerja. Isteri bekerja di sebuah restoran di mall.

menu 1

Antara menu popular di kafe milik Raja Muhammad Mursyid.

"Di kafe ini terdapat lebih 10 pilihan minuman berasaskan kopi, teh dan coklat. Juga ada makanan utama (main course) seperti nasi lemak, sup kambing, mi rebus dan pencuci mulut seperti brownies dan croissant.

"Semua adalah hasil air tangan saya dan ibu. Dessert ada yang saya buat sendiri dan ada yang ambil daripada supplier.

"Keistimewaan kafe kami, orang ramai boleh nikmati kopi jauh dari kesibukan ibu kota tapi still dalam bandar. Tak jauhlah kalau nak datang. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan sepanjang hampir setahun ini," ujarnya.

Kafe kecil Raja Muhammad Mursyid beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula pukul 5.00 petang hingga 12 tengah malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain