suria

Geli tengok... kereta penuh stiker lucah jadi perhatian, B40 kena lagi! - “Dari situ dah nampak miskin minda”

Tular sebuah kereta Perodua Viva menampal stiker berunsur lucah pada cermin belakang.

JAGALAH bahasa dan pertuturan kita kerana kata-kata itu satu doa.

Sama ada percakapan dilontarkan secara spontan atau disusun 'cantik', apa yang pasti setiap yang keluar dari mulut kita merupakan cerminan diri sendiri.

Dalam situasi tertentu, kata-kata yang diucapkan itu adalah dengan niat ingin bergurau, tetapi tanpa kita sedar gurauan itu boleh merendahkan akhlak atau mendedahkan sisi buruk sendiri.

Perkongsian seorang individu di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dilekatkan dengan pelbagai jenis stiker di bahagian cermin.

Namun apa yang membuatkan pengguna lain berasa kurang senang adalah pelekat yang ditampal di kereta berwarna putih ini kebanyakannya berunsur lucah sehingga timbul persoalan adakah pemilik atau pemandunya tidak berasa segan dan malu.

Hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook

Apa yang lebih menyedihkan saiz stiker yang ditampal itu besar dan dapat dilihat dengan jelas tulisannya.

"Tipikal kereta B40," tulisnya ringkas dalam hantaran tersebut.

Sikap dan tindakan pemilik kenderaan itu ternyata tidak menyenangkan banyak pihak kerana ia jelas menunjukkan contoh tidak baik kepada kanak-kanak atau remaja yang melihatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ke hulu ke hilir fantasi digoda janda, sticker unsur lucah jadi trend hias cermin kereta... Naik mual ibu tunggal jadi simbol seks!

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong serkap jarang kalau tiba-tiba alih skrin telefon, history Google kosong... Ini petanda anak ‘layan’ video lucah!

Memetik artikel mStar yang ditulis pendakwah, Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, menurut pandangan ulama menggunakan stiker tidaklah menjadi masalah selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak.

Contoh pelekat yang melanggar hukum syarak termasuklah yang berunsur lucah atau gambar orang lain yang digunakan tanpa kebenaran serta ditambah dengan kata-kata yang mengaibkan individu itu.

Pemilik kereta berkenaan bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti kerana identitinya tidak didedahkan kepada umum oleh pengadu.

Antara komen netizen di hantaran tersebut

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan individu berkenaan dan meminta pemilik kereta tersebut untuk mengubah cara pemikiran memandangkan Malaysia menuju ke arah negara maju.

"Tak pernah nampak lagi kereta Volkswagen ke BMW ke Mercedes tampal stiker macam ni. Tu la beza kepala otak orang B40 dengan M40 dan T20.

"Kadang-kadang kesian cara B40 berfikir. Tak beradab kelas fikiran. Kalau aku malu nak letak benda yang bukan-bukan entah apa-apa macam ni. Malu pada diri sendiri dan malu pada orang yang tengok dan malu pada Allah lagi. Cara berfikir sangat-sangat memain peranan.

"Diaorang buat ni tak terfikir ke esok bila ada anak perempuan. Anak diaorang tiba-tiba tanya sticker apa tampal di cermin tu? Tanya mak dia dan tanya bapa dia. Bila kita tegur, cakap tak sportinglah, alimlah. Tapi dia dah normalisasi benda tak sepatutnya,

"Naik geli aku tengok kereta dengan sticker merepek. Dari situ pun dah nampak miskin minda," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain