suria

“Tak sayang anak ke?” - Ramai hilang sabar tengok lelaki pecut kereta bawa 2 budak kecil, bunyi enjin macam sudah ubah suai

Seorang lelaki memecut laju sebuah kereta sambil ditemani dua kanak-kanak di kerusi penumpang hadapan.

YA Allah kesiannya muka budak dua orang tu!

Demikian antara reaksi netizen berhubung video tular memaparkan dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang dipandu laju.

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan seorang lelaki dewasa sedang memandu sebuah kereta bersama dua kanak-kanak, dipercayai anaknya.

Apa yang membimbangkan, dua kanak-kanak itu diletakkan bersama di kerusi penumpang hadapan sementara lelaki tersebut dilihat memecut laju kereta dipandunya itu.

"Nak rasa duduk sebelah. Okey layan," tulis kapsyen pada video itu.

Dalam video itu jelas kedengaran bunyi deruman enjin ketika lelaki berkenaan memecut kereta tersebut seperti sedang berlumba.

Satu (perkara) bodoh kongsi (pengalaman berlumba) dengan anak tak bersalah... ingat malang tak berbau.

WAK DOYOK

SELEBRITI

Setakat ini, video yang dikongsi semula menerusi Twitter meraih lebih 1.3 juta tontonan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan lelaki tersebut yang boleh mengundang maut.

Malah, ramai yang turut menggesa agar pelaku ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang kerana membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Myvi pinjam’ terbalik, pelajar posing macam baru menang kereta - “Hati gelisah, nak cakap pun menggigil”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau kena ada supercar!” - Lelaki ini kongsi tip nak pilih pasangan, hati-hati kalau si dia pandai buka pintu kereta

"Lebih kurang bodoh dia dengan mamat yang bagi anak main mercun lepas tu salahkan kerajaan.

"Mohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengok mangkuk ni. Ternyata otak dia tertinggal di rumah semasa keluar memandu.

"Betul la apa yang orang cakap, nak jadi parents tu senang, but nak jadi parents yang bertanggungjawab tu, tak semua orang boleh buat.

koen

Antara komen yang ditinggalkan pada posting tular itu.

"Kalau rasa tak boleh berhenti jadi bodoh tak payah kahwin ya. Tak sayang anak ke?" tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, posting video tersebut turut mendapat perhatian selebriti tempatan, Wak Doyok yang meninggalkan komen menyelar lelaki berkenaan.

"Satu (perkara) bodoh kongsi (pengalaman berlumba) dengan anak tak bersalah. Ingat malang tak berbau," ciapnya ringkas.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan semua pihak perlu menjauhinya.

Untuk rekod, ibu bapa atau penjaga yang mendedahkan kanak-kanak kepada sebarang cara yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal atau emosi boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Juteru mana-mana individu, ibu bapa, atau penjaga yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain