suria

“Kau kena ada supercar!” - Lelaki ini kongsi tip nak pilih pasangan, hati-hati kalau si dia pandai buka pintu kereta

Lelaki ini berkongsi tip untuk mengenal wanita menerusi pengetahuan membuka pintu supercar.

MEMILIKI sebuah kenderaan mewah yang dilengkapi dengan pelbagai ciri dan fungsi hingga digelar supercar sudah pasti menjadi impian ramai peminat automotif, jika berkemampuan.

Baru-baru ini seorang individu mengundang rasa kurang senang banyak pihak apabila berkongsi tip untuk mengenali hati budi wanita dengan menggunakan supercar!

Kata individu terbabit, hanya dengan menguji sama ada seseorang itu tahu membuka pintu kenderaan supercar atau tidak, kesimpulan boleh dibuat tentang keperibadian wanita berkenaan.

“Kalau anda nak tahu macam mana nak detect seorang perempuan yang dah banyak kali lelaki pakai.

“Mudah sahaja, kau kena ada supercar. Bila kau ada supercar ni gang... senang saja. Kita test dia pandai buka pintu atau tidak.

“Kalau dia boleh buka pintu supercar kau tanpa tanya macam mana nak buka, maksudnya dia sudah pernah keluar dengan ramai lelaki kaya,” ujar individu tersebut penuh yakin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan! Hajat hati nak kongsi kisah kenalan baharu beza warna kulit, tapi kena kecam

ARTIKEL BERKAITAN: Sambil punggah barang, dengar orang kutuk kerjaya driver lori! Lelaki ini tak teragak tayang sijil dekan 4 semester

Selain itu lelaki terbabit turut membuat kesimpulan bahawa wanita yang tahu membuka pintu supercar, cintanya pernah ditolak lelaki kaya.

"Semua lelaki kaya tu taknak dia. Guys kalau lelaki tu kaya, kenapa lelaki tu taknak dia?

"Kena fikir... masalah kat perempuan tu, bukan lelaki," katanya lagi menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi perkongsian semula oleh pelayar di Twitter, netizen mula memberikan kritikan hebat terhadap kenyataan yang dibuat lelaki ini.

“Suka hati engkau saja terus judge orang macam tu. Beraninya buat kerja Tuhan.

Ciapan yang tular.

“Rempit tiba-tiba jadi kaya macam inilah. You may have a supercar but you do not have class.

“Aku pun jammed mana dia dapat tip ni, buat palatao saja. Pintu buka tepi macam tu, keta lain pun sama. Lainlah kalau demonstrasi guna lambo (Lamborghini) yang buka (bumbung) ikut atas tu.

“Dulu aku tak reti buka pintu Vellfire bos aku. Tapi sebelum aku naik, aku Google atau YouTube dulu. Sekarang dah banyak pintu kereta mahal boleh buka.

"Apa benda entah, tak ada kaitan pintu kereta dengan perempuan,” komen beberapa netizen.

Antara komen netizen di Twitter.

Dalam pada itu ada juga dalam kalangan netizren yang berpandangan bahawa individu berkenaan tidak seharusnya cuba merendahkan martabat kaum wanita hanya berdasarkan pengetahuan membuka pintu supercar.

"Brother ni ada masalah dengan perempuan ke?

"Macam la benda tak boleh discover sendiri. Buka pintu kereta je pun, bukan pintu kapal terbang.

"Saya tak perlukan lelaki nak beritahu cara buka supercar, kawan perempuan aku pun ada!

"Kau fikir semua perempuan ni miskin sangat ke tak ada harta?," kata beberpa lagi netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain