suria

“Allah lebih sayangkan abah” - Rita Sosilawati kongsi khabar duka pemergian bapa di hari jadi

Allahyarham bapa Rita menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.

USAHAWAN kosmetik, Datin Rita Sosilawati berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya iaitu Buhari Mohamed, pada pagi Sabtu.

Rita atau Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberitahu, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.30 pagi.

"Hari ni abah saya 'Buhari bin Mohamed' telah kembali ke rahmatullah pada 6.30 pagi tadi.

"Allah lebih menyayangi diri abah.. dan lebih menyedihkan abah pergi pada hari 'birthday abah 1 October 1949'," tulisnya di laman Instagram, pagi Sabtu.

Rita yang dinobatkan sebagai Wanita Ikon Selangor 2022 baru-baru ini turut berharap semua pihak mendoakan arwah bapanya.

Rita berkongsi berita duka pemergian bapanya pada pagi Sabtu.

Rita berkongsi berita pemergian bapanya di Instagram.

"Doakan supaya proses pengebumian abah saya dipermudahkan dan lancar.

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin Ya Rabb," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Sosilawati pernah rasa terbeban ibu terlalu tegas, kini terbawa-bawa sikap arwah ketika urus bisnes, keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pusara ibu untuk diziarahi, Rita Sosilawati masak menu kegemaran arwah untuk ubat kerinduan... "Rindu tak semestinya menangis"

Suami Rita, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar memaklumkan Allahyarham meninggal dunia kerana kencing manis.

Tambahnya, jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang, pada pukul 12.00 tengah hari.

Seterusnya jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor.

Allah lebih menyayangi diri abah.. dan lebih menyedihkan abah pergi pada hari birthday abah 1 October 1949.

RITA

Terdahulu menerusi perkongsian di Instagram Story sekitar 14 jam yang lalu, Rita turut mengemas kini keadaan bapanya yang ketika itu sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU).

"Day 2 in ICU. Doakan bapa saya Buhari bin Mohamed panjang umur dan sedar kembali, diberikan kesihatan yang terbaik," kongsinya.

Rata-rata netizen termasuk rakan artis turut merakamkan ucapan takziah buat Rita sekeluarga di ruangan komen.

rita komen

Rakan artis turut mengucapkan takziah di atas pemergian bapa Rita.

Antaranya ialah Fasha Sandha, Azza Elite, Datin Almy Nadia dan Didie Alias.

Rita yang merupakan anak sulung kepada lima beradik, juga anak kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain