suria

“Spill muka penyewa tu bang!” - Ramai teringin nak kenal penghuni rumah ini, jiwa kental hidup bergelumang sampah

Rumah sewa ini kelihatan seperti tapak pelupusan sampah.

TAHUN baharu sepatutnya menjadi permulaan yang baik, namun sebaliknya yang terjadi kepada seorang lelaki.

Manakan tidak, rumah yang disewakannya berubah sekelip mata seperti tempat pelupusan sampah.

Bermula dari ruang tamu, bilik tidur, dapur sehingga ke bilik mandi dipenuhi dengan sampah sarap.

Malah, sinki turut dipenuhi dengan kelengkapan mandi seperti syampu dan sabun yang tidak lagi digunakan.

penyewa durjana 2

Pemilik rumah sewa melakukan pemeriksaan.

"Dugaan tahun 2023... kisah penyewa durjana, ambil iktibar la. Rumah aku bagi sewa dijadikan tempat sampah.

"Ada lagi manusia begini. Hangpa (anda) viral sat supaya tuan rumah yang menyewa alert sikit," tulisnya menerusi keterangan video.

Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki itu memberitahu dia pada mulanya mahu mendapatkan kunci rumah daripada penyewa, namun tidak dipedulikan.

"First minta kunci rumah kat penyewa, call kena block, WhatsApp tak balas.

"Tunggu satu bulan tak ada respons. Pergi balai polis buat report untuk masuk ke rumah," katanya.

penyewa durjana 3

Sampah sarap yang ditinggalkan di ruang tamu dna bilik tidur.

Namun dia tidak menyangka terdapat longgokan sampah di dalam rumah sewa miliknya yang dipercayai terletak di Pulau Pinang itu.

Keadaan rumah itu kelihatan seperti lama ditinggalkan.

Timbul tanda tanya mengapa terlalu banyak plastik yang berisi sampah dilonggokkan di dalam rumah.

"Hang ingat tempah sampah ke?" soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kacak, isteri cantik tapi pengotor! 'Penyewa puaka' hidup dalam sampah berulat, sewa pun lambat bayar

Selain plastik sampah, turut dilihat dibuang merata-rata adalah kotak-kotak kadbod.

Di bilik mandi pula menyaksikan mangkuk tandas berdaki seperti tidak dicuci berbulan-bulan lamanya.

"Aku beli rumah bukan minta jadi macam ni. Bukan rumah lelong.

penyewa durjana 4

Keadaan mangkuk tandas yang berdaki.

"Tengoklah weh, apa benda dia buat kat rumah aku," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penyewa dan tindakannya selepas itu.

Namun di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keadaan rumah yang dihuni penyewa tersebut.

Boleh ke manusia hidup dalam keadaan macam ni?

NETIZEN

"Macam mana dia boleh hidup dalam rumah macam ni? Spill muka penyewa tu bang!

"Apakah ini manusia yang menyewa? Tolong la.

"Boleh ke manusia hidup dalam keadaan macam ni?" demikian antara komen netizen.

penyewa durjana 5

Antara komen netizen.

Persoalan netizen itu kemudian dibalas pemilik rumah sewa berkenaan yang turut akur dengan keadaan tersebut.

"Boleh bang... dulu tak percaya. Sekarang percaya dah (tengok) depan mata,” katanya ringkas.

Video komplikasi gambar-gambar rumah sewanya yang dimuat naik di TikTok hingga kini meraih lebih 850,000 tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain