suria

[V] ‘Myvi pinjam’ terbalik, pelajar posing macam baru menang kereta - “Hati gelisah, nak cakap pun menggigil”

Syaddad merakamkan gambar bersama keretanya sebagai kenangan.

"BANG, ni accident... bukan menang kereta."

Demikian salah satu daripada ribuan komen lucu yang dilontarkan netizen pada perkongsian video, memaparkan seorang pemuda sempat 'berposing' di hadapan keretanya yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan.

Menerusi kapsyen video tersebut, pemuda berkenaan turut melahirkan rasa syukur kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 861,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Syaddad Badrul Hisham berkata dia ditimpa kemalangan pada 31 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang dari kampus menuju ke rumah sewa di Bangi, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tunggu, baru guna seminggu kereta baharu ‘total lost’ akibat kemalangan! Pemuda syukur tiada kecelakaan ketika mak ayah guna di kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi pulang dari bazar Ramadan! Sempat hantar mak ayah balik rumah sebelum kereta baru beli terbalik 4 kali

"Ketika itu sekitar pukul 10.30 pagi. Saya baru habis kelas dan mahu pulang ke rumah sewa dengan dua lagi rakan. Saya yang memandu kereta. Kereta Myvi itu milik ibu yang diberi pinjam untuk kegunaan sewaktu belajar.

"Dalam perjalanan pulang, hujan renyai-renyai dan jalan pun licin. Ada banyak selekoh dan apabila melalui selekoh ketiga, tiba-tiba tayar tergelincir, terus langgar pembahagi jalan dan terbalik.

posing 4

Keadaan kereta milik ibu Syaddad selepas terbalik.

"Saya tak memandu laju, sekitar 40 kilometer sejam (km/j) saja. Memang berlaku dalam beberapa saat saja. Rasa macam roller-coaster masa kereta berpusing dan terbalik.

"Hanya jeritan dan laungan Allah saja kedengaran. Bila kereta dah terbalik, kami saling memanggil antara satu sama lain. Alhamdulillah kami masih okay. Tiba-tiba nampak titisan cecair minyak enjin, tak tunggu lama... kami terus keluar," ceritanya mengimbas kembali tragedi akhir Oktober itu.

Senang disapa sebagai Syaddad, pemuda berusia 20 tahun ini berkata dia segera menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian tersebut, sementara rakan-rakan yang lain sudah mengerumuni tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

posing 3

Rakan-rakan Syaddad yang turut hadir ke lokasi kemalangan.

"Alhamdulillah semua tak cedera. Cuma saya agak terkejut dan seperti 'numb' bila tengok kereta milik ibu terbalik. Sambil tunggu trak tunda, kawan-kawan kata alang-alang ambillah gambar sebagai kenangan.

"Sebab itulah terhasil foto yang macam sedang 'berposing' tu. Nampak luaran macam okay tapi senyum terpaksa. Memang gelisah, waktu itu nak bercakap pun menggigil lagi," ujar penuntut Diploma Kejuruteraan Automotif, UniKL Bangi ini lagi.

Syaddad berkata, selepas kereta ibunya ditunda ke bengkel, dia segera ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di klinik.

Bila tengok gambar-gambar tu semula, saya terkejut. Alhamdulilllah, Allah beri peluang lagi untuk bernafas.

MUHAMMAD SYADDAD BADRUL HISHAM

"Ibu saya tak marah pun walaupun keretanya rosak. Dia bersyukur kerana saya dan kawan-kawan selamat... kereta itu boleh dibaiki. Mujur hanya body yang kemek, bahagian enjin semua okay," katanya.

Insiden berkenaan membuatkan Syaddad sedikit trauma kerana ia adalah kejadian pertama kali dia ditimpa kemalangan.

"Bila tengok gambar-gambar tu semula, saya terkejut. Alhamdulilllah, Allah beri peluang lagi untuk bernafas. Sejak accident, saya masih belum drive lagi. Ada trauma sikit. Moga perlahan-lahan trauma ini pulih.

komen posing

Antara komen lucu netizen pada perkongsian video Syaddad.

"Saya saja simpan kenangan ini dekat TikTok selepas kawan cadangkan. Tak sangka langsung viral. Bila baca komen, boleh dikatakan hampir kesemuanya komen lucu. Terhibur bila ada yang kata macam menang peraduan.

"Tapi memang ramai komen cakap kawasan itu kerap berlaku kemalangan. Sedikit sebanyak saya harap video tersebut jadi pengajaran kepada semua orang agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya, lebih-lebih lagi sekarang musim hujan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain