suria

“Anwar, ambil gambar kejap” - Gelagat peminat cilik teruja jumpa PM cuit hati netizen, siap laung ‘reformasi’!

Seorang kanak-kanak lelaki teruja dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

GELAGAT seorang kanak-kanak lelaki yang ingin bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, kanak-kanak berkenaan yang tidak mahu melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama perdana menteri, hanya memanggil beliau dengan panggilan 'Anwar' sahaja.

"Anwar, ambil gambar kejap," kata kanak-kanak tersebut sambil berdiri di sebelah perdana menteri dan mula mengambil foto menggunakan telefon bimbitnya.

Anwar yang terhibur dengan gelagat budak lelaki itu tidak menghampakan 'peminat ciliknya' dan spontan melayani permintaan tersebut.

Video insiden mencuit hati itu dikongsikan oleh wartawan TV3, Khairul Rizuan Azizan menerusi laman Tiktok dan meraih lebih 600,000 jumlah tontonan sehingga kini.

Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan yang sempat ditemui selepas insiden lucu tersebut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu mata dengan perdana menteri.

"Saya rasa macam happy dapat bergambar dengan perdana menteri dan saya nak mengucapkan reformasi," katanya penuh bersemangat sambil mengangkat tangan.

Difahamkan, ia dirakamkan selepas Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd. Yusof, Sikamat, Seremban.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jauh datang dari Ledang, impian 24 tahun nak jumpa Anwar akhirnya berbaloi! PM siap tanya sudah minum atau belum?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak lelaki berkenaan dan dalam masa yang sama memuji Anwar kerana 'sporting' melayani permintaan 'peminatnya'.

"Dia panggil PM macam panggil kawan.

"Kau akan terkenal di KL nanti, dik!

"Hang memang steady lah, dik!

"Macam member kau buat, dik!," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain