suria

[V] Kejar saham akhirat, wanita ini sedekah buah ciku dengan jiran tak kira bangsa... ada yang mahu beli, tetap kasi percuma

Wanita ini bermurah hati untuk beri buah ciku kepada jiran.

BERBUAT baik bukanlah sesuatu yang sukar, malah ia dituntut dalam agama.

Tidak perlu menjadi kaya-raya untuk berkongsi rezeki, kerana apa yang penting adalah keikhlasan hati.

Menerusi satu video yang tular, seorang wanita mencuri perhatian apabila menghadiahkan buah ciku hasil tanamannya di rumah kepada jiran-jiran.

Wanita itu yang senang disapa sebagai Ita dilihat membahagikan buah ciku yang baru dipetik.

"Masa aku mula-mula tanam pokok ciku ni, aku dah niatkan dalam hati aku.

"Kalau pokok ciku ni berbuah, aku nak bagi dekat jiran-jiran aku. Aku nak bagi dekat kawan-kawan aku yang teringin nak makan buah ciku.

"Ada satu hari tu, follower aku cakap dia teringin sangat nak makan buah ciku. Aku rasa serba salah kalau tak bagi, jadi aku minta alamat dia," kata Ita.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik cuba tukar tayar pancit tengah panas terik, pemuda terus ‘halang’! Tolak sagu hati, tapi buat permintaan lain

ARTILEL BERKAITAN: [V] Penumpang sanggup berdiri dalam bas, tak sampai hati nak kejutkan anjing nyenyak tidur

Ita berhasrat untuk menghantar buah ciku kepada pengikutnya di media sosial melalui servis kurier.

Selain itu katanya, terdapat juga jiran-jirannya mahu membeli buah ciku milik mereka.

"Saya dan suami cakap, kami tak jual tapi kalau aunty nak, kami bagi saja (percuma)," ujarnya.

Mengapa saya beri secara percuma? Sebab itulah saham aku di akhirat.

ITA

Respons Ita ternyata mengejutkan jiran-jirannya kerana dia dan suami banyak memberikan buah tersebut tanpa mengenakan bayaran.

"Sebab apa saya beri secara percuma? Sebab itulah saham aku di akhirat.

"Aku ni tak kaya, aku tak ada harta lain, tak ada duit yang banyak nak bagi, jadi aku ada hanya pokok ciku yang berbuah sahaja.

"Sebab itu aku bagi buah ciku dekat mereka semua. Supaya mereka dapat merasa betapa manisnya buah ciku itu dikongsi bersama," tambah Ita.

Menerusi beberapa video yang dikongsi di TikTok, Ita dan suami berkongsi buah ciku kepada jiran-jiran tanpa mengira bangsa.

Buah ciku dikongsikan tanpa mengira bangsa.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurahan hati yang ditunjukkan Ita.

"Niat akak pun manis seperti ciku tu.

"Dulu pernah tanam buah ciku, lebat betul, sedekah dekat jiran-jiran je.

"Semoga akak Ita dipermudahkan urusan dan semoga pokok ciku itu berbuah dengan lebih lebat.," demikian antara komen netizen.

Sesiapa yang teringin buah ciku boleh mengambilnya dari Ita.

Kisah buah ciku tersebut turut mengingatkan netizen kepada insan tersayang.

"Teringat arwah nenek, selalu simpan buah ciku dengan buah nona untuk aku. Dua buah ni favourite aku.

"Memang susah nak dapat, kalau jumpa memang aku beli, wajib beli," kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain