suria

Belum setahun kahwin, suami mahu semua belanja rumah bayar separuh... bila minta nafkah, alasannya dah sediakan keperluan asas

Wanita itu serabut memikirkan suaminya yang suka berkira-kira dalam perbelanjaan.

SETIAP perkahwinan pasti ada pasang surutnya.

Begitu juga kisah seorang wanita yang mengadu tentang suaminya yang suka meminjam wang untuk digunakan sebagai modal kerja.

Menurut wanita itu, walaupun suaminya tidak pernah culas membayar hutang, tetapi seorang yang sangat berkira dengan dirinya sendiri.

Dakwa wanita itu, suaminya meminta dia membayar separuh kos rumah sewa mereka. -gambar hiasan

"Saya bekerja di pejabat, suami pula bekerja sendiri. Suami merupakan designer dan mendapat tender design daripada syarikat besar.

"Besar modalnya dan besar tendernya. Modal untuk kerjanya besar. Jadi setiap kali tak cukup duit, dia akan pinjam duit daripada saya.

"Dia akan bayar balik setiap kali dapat payment. So far, dia bayar hutang dia kepada saya. Usia perkahwinan belum sampai setahun tetapi suami sudah mengungkit dan berkira," ujarnya.

Saya buat kerana ihsan kepada suami. Tapi suami tak fikir ihsan kepada isteri.

ISTERI

Tambah wanita itu, suaminya mula membangkitkan isu perbelanjaan makanan, sewa rumah serta bil elektrik yang ditanggungnya selama ini.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia mendakwa suaminya juga membuat perbandingan dengan abangnya yang mengamalkan konsep kongsi perbelanjaan dengan isteri.

"Suami juga mengatakan bahawa salah seorang abangnya yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak seramai tiga orang mengamalkan konsep perbelanjaan rumah separuh suami separuh isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain!

ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat boyfriend kedekut, keluar ‘dating’ kedai ayam penyet pun minta minta bil asing... Perangai ‘Haji Bakhil’ terserlah selepas kahwin!

"Suami kerap mengatakan hal ini dan saya bertanya dengan dia kalau itu yang dia mahukan. Bagitahu saya, insyaAllah saya boleh (bayar).

"Oleh sebab itu, dia mahukan semua perbelanjaan rumah separuh-separuh. Saya okey," cerita wanita itu panjang lebar.

Menurut pengadu, suaminya didakwa culas dalam menyediakan nafkah dan hanya memperuntukkan kemudahan asas sahaja.

"Bila saya tanya nafkah belanja saya, dia katakan dia sudah sediakan yang asas. Bila saya tanyakan pakaian, mekap, belanja dan sebagainya, dia cakap tidak wajib.

file7jgfjuwx8aenkvn0nkf

Wanita itu memasak kerana ihsan terhadap suami, namun kecewa dengan jawapan yang diberikan kepadanya.

"Apabila saya katakan yang saya pun membayar separuh sewa rumah, elektrik dan air, dia katakan dalam Islam ikut kemampuan suami. Dia cakap dia tak mampu.

"Jadinya, asalkan keperluan asas sudah diberi sudah mencukupi. Saya pun tak perlulah memasak dan sebagainya sebab ini bukan wajib bagi saya.

"Saya buat kerana ihsan kepada suami. Tapi suami tak fikir ihsan kepada isteri. Serabut betul kepala. Saya buat keputusan yang salah ke untuk berkahwin?" soal pengadu lagi.

Luahan hatinya dikongsi menerusi akaun Twitter @ConfessTweetMY pada Jumaat.

file7h5twvbrpxl12ryu9ern

Suaminya memberi alasan tidak mampu apabila diminta wang untuk membeli pakaian dan mekap.

Menerusi ruangan komen, beberapa netizen turut menyelar pendirian suaminya yang berkira dengan isteri sendiri.

"Kalau dah kena bayar separuh-separuh, maksudnya dia tak sediakan lah keperluan asas tu pada awak. Dia umpama housemate je lah.

"Eh tak sekarang kalau rasa tak mampu kenapa kahwin? Itu kan tanggungjawab suami.

"Kesimpulannya sebelum kahwin bincang dulu hal kewangan," tulis beberapa pelayar Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain