suria

Sayu tengok promo burger, anak terkenang arwah bapa... ajal datang lebih dulu, hasrat tunai permintaan ayah tak kesampaian

Seorang anak berkongsi kisah mengenai arwah bapanya mengidam burger ayam. -gambar hiasan

SETIAP orang pasti merasai penyesalan dalam hidup mereka.

Bukan mudah untuk menanganinya, kerana kekesalan itu tidak akan terpadam dalam ingatan hingga akhir hayat.

Menerusi satu perkongsian, seorang wanita berkongsi mengenai satu menu yang meninggalkan kesan amat mendalam buat dirinya.

Ciapan asal yang tular.

Dalam satu ciapan tular di Twitter, Jazzera Julaili atau mesra disapa Jazz berkata, arwah bapanya pernah mengidam burger di sebuah restoran makanan segera tetapi tidak sempat ditunaikan.

"Saya tak boleh dengar perkataan GCB. Ya Grilled Chicken Burger (GCB). Bukan sebab saya seorang dietitian tetapi sebab arwah ayah teringin nak makan GCB.

"Ketika itu saya sibuk dengan netball training sampai lupa terus. Bila saya pergi McD nak order dah habis dan nampak riak muka ayah kecewa sangat," cerita Jazz.

Ketika itu, dipercayai burger tersebut merupakan menu yang diperkenalkan restoran berkenaan menerusi promosi secara bermusim.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak mahu menyesal sekali lagi! Wanita balik kampung jadi pekebun sebab terkilan tak sempat jumpa datuk meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mau menyesal” - Berhenti kerja di KL, balik kampung demi jaga ibu lumpuh... anak yakin pasti ada ganjaran

Jazz kemudian memujuk bapanya dengan memaklumkan burger tersebut akan dibeli sebaik menu berkenaan diperkenalkan semula.

"Rupa-rupanya tak ada lagi tahun depan untuk ayah. Dia 'pergi' dahulu sebelum saya dapat penuhi permintaannya.

"Bila fikir balik, rasa sedih sebab saya macam gagal (menggalas tanggungjawab) sebagai anak. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya.

Kalau la saya pergi beli lebih awal.

JAZZERA JULAILI

Menurut Jazz, dia mengakui beremosi selepas melihat satu promosi yang memaparkan burger yang diingini bapanya, menerusi laman sosial.

"Petang ni beremosi sikit sebab saya nampak tweet iklan GCB lalu dan saya hanya terfikir, kalau la saya pergi beli lebih awal," katanya dengan nada kesal.

Antara perkongsian warga maya yang lain.

Menjengah ke ruangan bebenang, warga maya turut berkongsi kisah penyesalan mereka akibat mengambil ringan tentang sesuatu perkara.

"Saya punya bukan pasal makanan, ibu suruh salam ayah sebelum pergi sekolah tapi dalam hati bisik nanti la salam sebab dah lambat.

"Later that day, pukul 9 macam tu ada orang jemput bawa balik dari sekolah sebab ayah meninggal dunia.

"Saya rasa bersalah sangat," kata netizen itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain