suria

[V] Penumpang sanggup berdiri dalam bas, tak sampai hati nak kejutkan anjing nyenyak tidur

Seekor anjing nyenyak tidur dalam bas dikeliling penumpang yang baik hati.

KELETAH dan aksi bersahaja haiwan seperti anjing pastinya mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat.

Maka tidak hairanlah video memaparkan seekor anjing di dalam sebuah bas meraih lebih 30,000 tontonan selepas dikongsi di Twitter, pada 5 Oktober lalu.

Video perkongsian Stefano S Magi itu menunjukkan anjing berkenaan sedang nyenyak tidur di dalam bas yang sesak dengan penumpang.

Malah, penumpang yang baik hati juga sanggup berdiri dan membiarkan anjing itu terus tidur di atas kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing hidap kanser berpelukan dengan pemilik, sempat diberi makanan kegemaran sebelum ditidurkan buat selama-lamanya

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bukan pencinta haiwan’ terpaksa layan anjing tak bertuan tapi ‘kerek’... akhirnya mesra siap tumpang tidur rumah

Video itu turut dihujani banyak komen netizen yang rata-ratanya terharu dengan sikap baik penumpang, tak kurang juga yang tertarik dengan kecomelan haiwan berkenaan.

"Ini dipanggil negara yang mempunyai rakyat yang baik hati.

"Gembira dapat tengok orang yang menyanyangi haiwan.

"Ya, saya dapat rasa perasaan tu, sebab saya juga pemilik anjing.

"Berbuat baik kepada haiwan, mereka tidak membahayakan kita," ujar beberapa pelayar Twitter. - Times of India.

@mstarmalaysia Penumpang sanggup berdiri dalam bas, tak sampai hati nak kejutkan anjing nyenyak tidur #beritaditiktok #mstar #fyp ♬ original sound - mStar Official

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain