suria

[VIDEO] Pelatih tentera makan nasi, air kosong di kantin! Tiada jawapan ditanya 'kenapa tiada lauk?'

Ramai sayu melihat pelatih tentera itu hanya minum air dan nasi kosong.

SEORANG pemuda mengundang sayu apabila dilihat hanya membawa bekal makanan air dan nasi kosong ketika makan di dalam sebuah kantin.

Menerusi video yang tular di TikTok, keterangannya ditulis: Demianus, putra Papua yang penuh dengan semangat.

Tidak dapat dipastikan dengan jelas lokasi kantin itu, namun seseorang yang memakai seluar tentera dapat dilihat dalam video tersebut.

Rakaman ini dipercayai dirakam di sebuah pusat latihan ketenteraan di Indonesia.

Kemudian terdapat seorang lelaki, dipercayai berpangkat tinggi di situ bertanyakan sesuatu kepada Demianus.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayang Loki! Askar sebak tak sanggup berpisah dengan anjing ‘kawan baik’ ketika bertugas

“Kau makan apa? Kenapa tidak ada lauk? Bawa makan dan minum tapi tak ada lauknya,” tanya lelaki itu.

Demianus bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan itu. Dia hanya mengusap kepala dan wajahnya.

Tidak lama kemudian, lelaki yang membuat pertanyaan tadi memberikan dua bungkus makanan kepada Demianus dan sebotol teh.

Dia menyuruh Demianus segera makan tanpa perlu rasa segan atau malu. Demianus dikatakan berasal dari Serui.

Dia juga mendoakan agar Demianus lulus dalam latihan ketenteraan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain