suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[VIDEO] Sayu... api marak membakar kubah masjid di Jakarta

Kebakaran yang berlaku mengakibatkan kepulan asap tebal. foto Jakarta Globe/Emral Firdiansyah

KUBAH besar di sebuah masjid terbakar dan runtuh pada petang Rabu, mengakibatkan kepulan asap tebal.

Kebakaran berlaku di sebuah masjid di utara Jakarta, Indonesia, pada kira-kira pukul 3 petang.

Ia dikatakan berlaku ketika kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan di bangunan masjid.

Masjid tersebut terletak di bangunan kompleks milik Pusat Islam Jakarta (JIC), sebuah pusat pengajian dan pengembangan Islam.

Polis mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam insiden tersebut.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Menurut polis, empat pekerja syarikat kontraktor yang ditugaskan untuk pengubahsuaian masjid tersebut disoal siasat. - Jakarta Globe

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain