suria

Kecoh ular dalam pesawat! Penumpang kelas bisnes panik menjerit, angkat kaki

Seekor ular ditemui dalam sebuah pesawat. -gambar hiasan

PENUMPANG sebuah penerbangan panik dengan kehadiran seekor ular dalam pesawat.

Reptilia itu dilihat muncul secara tiba-tiba di dalam kelas perniagaan selepas pesawat mendarat di New Jersey di Amerika Syarikat (AS) dari Tampa, Florida, pada Isnin.

Menurut laporan The Washington Times memetik media tempatan, penumpang di kelas perniagaan menyedari ular itu selepas pesawat mendarat.

Para penumpang yang menaiki penerbangan United Airlines menjerit dan mengangkat kaki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ular 'naik' pesawat ke Sabah! Penumpang sangka pendaratan kecemasan sebab cuaca, pelik bomba tunggu depan pintu

Pihak berkuasa New York dan New Jersey dalam satu kenyataan berkata, jabatan polis dan anggota operasi hidupan liar lapangan terbang mengeluarkan ular tersebut dari pesawat.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tidak terjejas dalam kejadian itu.

Memetik New York Post, para penumpang dibenarkan keluar dari pesawat selepas ular tersebut dikeluarkan.

Sementara itu, tiada haiwan lain dikesan di dalam pesawat berkenaan selepas operasi pemeriksaan dijalankan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain