suria

[V] Anak ‘tak kuat’ dapat tahu BN kalah PRU15, kongsi video menangis teresak-esak di kubur! Mak sempat puji Khairy sebelum jadi mangsa Covid-19

Norman berkongsi video dirinya menangis, susulan kekalahan Khairy di Sungai Buloh.

KEKALAHAN calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ternyata mengejutkan ramai.

Ini terutama golongan muda yang mahu pemimpin itu memberi khidmat di Parlimen berkenaan.

Tular video seorang pemuda menangis teresak-esak sambil meluahkan perasaan sejurus calon BN itu kecundang di Sungai Buloh.

"Kalau mak ada, mesti mak undi BN. Mak, Sungai Buloh BN kalah. I miss you mak," menurut keterangan video, menunjukkan pemuda itu sebak dan berulang kali mengesat air mata.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Norman Hakim Abu Jadik mengakui kecewa apabila Khairy dari BN tewas di Sungai Buloh.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keputusan PRU15 yang tidak berpihak pada parti itu sekali gus membuatkan dirinya terkenangkan arwah ibunya.

"Arwah mak merupakan penyokong tegar BN. Jadi, apabila BN kalah di Sungai Buloh, ia membuatkan saya teringat arwah mak.

"Arwah mak bukanlah orang politik, tapi dia sentiasa setia dengan BN. Orang-orang lama kan, kebanyakannya memang setia pada parti," katanya ketika dihubungi.

nangis KJ kalah 4

Khairy tewas di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15. foto Facebook Khairy Jamaluddin

Lebih mesra disapa Norman, katanya, ibunya, Allahyarham Jamiah Aton meninggal dunia pada usia 66 tahun pada Ogos 2021 akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Tiada jodoh! KJ kalah di Sungai Buloh, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nurul Izzah tewas pada hari lahir, hiba ucap selamat tinggal kepada penyokong Permatang Pauh

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa video yang dikongsinya di laman sosial itu dirakamkan ketika menziarahi pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Buloh, kira-kira dua bulan lalu.

"Masa di kubur tu saya menangis seorang sebab rindukan arwah mak. Apabila BN kalah di Sungai Buloh, saya kongsi video tersebut untuk meluahkan kesedihan saya dan terkenangkan arwah mak," ujarnya yang merupakan pengundi di Sungai Buloh.

nangis KJ kalah 1

Norman (kiri) bersama arwah ibu.

Tambahnya lagi, arwah ibunya yang merupakan peniaga pasar tani tidak menumpukan siapa calon yang bertanding asalkan parti tersebut boleh memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

"Walaupun mak 'dah tak ada' masa pilihan raya kali ini, tapi mak sebelum ini puji semangat Khairy. Katanya, Khairy buat kerja bagus," kata anak bongsu daripada sembilan beradik itu.

nangis KJ kalah 3

Norman di pusara ibu.

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini, dia turut menyokong Khairy sebagai pemimpin masa depan kerana menunjukkan prestasi yang baik sebagai wakil rakyat dan menteri Kabinet sebelum ini.

"Macam arwah mak kata, Khairy bagus dan boleh buat kerja. Dialah pemimpin masa depan. Kalau tengok pun dia kalah tipis je di tempat baharu bertanding.

"Bukan rezeki dia untuk PRU15, pada masa sama saya reda dengan keputusan para pengundi. Dah kalah kita sebagai pengundi tak boleh nak buat apa.

Walaupun mak 'dah tak ada' masa pilihan raya kali ini, tapi mak sebelum ini puji semangat Khairy. Katanya, Khairy buat kerja bagus.

NORMAN

"Cuma sebagai anak muda, saya hanya mahu berpesan kepada Khairy teruskan perjuangan. Dia sangat bagus, sudah banyak improvement yang dilakukan.

"Seperti arwah mak, dia seorang wanita yang kuat... kuat bekerja untuk membesarkan anak-anak. Arwah mak juga seorang yang sangat penyayang," katanya.

nangis KJ kalah 2

Norman mengundi di Parlimen Sungai Buloh.

Khairy dari BN tewas di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15, dan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan di Parlimen itu apabila calonnya, Datuk R. Ramanan menang di kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan mendahului dengan 50,943 undi, manakala Khairy 48,250 undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain