suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Tiada jodoh! KJ kalah di Sungai Buloh, Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh

Nurul Izzah (kiri) dan Khairy tewas pada PRU15.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar kecundang di kerusi Parlimen masing-masing.

Di Parlimen Sungai Buloh, calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan menang dengan majoriti 2,693 undi.

Ramanan meraih 50,943 undi.

Khairy Jamaluddin dari Barisan Nasional (BN), memperoleh 48,250 undi.

Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu pertama kali bertanding di Sungai Buloh.

Saingan tujuh penjuru itu turut menyaksikan Mohd Ghazali Md Hamim daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat sebanyak 29,060 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: KJ tewas, Ramanan menang di Sungai Buloh majoriti 2,693 undi

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Rasmi]: Nurul Izzah ucap selamat tinggal kepada Permatang Pauh

Manakala calon lain iaitu Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang - 829 undi), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia - 279 undi) dan Nurhaslinda Basri (Bebas) dengan 113 undi.

Syed Abdul Razak Syed Long Al-Sagoff (Bebas) pula meraih 165 undi.

Sementara itu, Nurul Izzah gagal mempertahankan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya, apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan yang meraih majoriti 5,272 undi.

Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi, diikuti Nurul Izzah dengan 32,366 undi.

Saingan empat pejuru itu menyaksikan dua lagi calon, iaitu Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional) mendapat 16,971 undi dan calon bebas, Mohd Nasir Othman (GTA) memperolehi 473undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain