suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Nurul Izzah ucap selamat tinggal kepada Permatang Pauh

Nurul Izzah kecundang di Parlimen Permatang Pauh.

PENYANDANG Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar gagal mempertahankan kerusinya pada PRU15.

Nurul Izzah yang merupakan calon dari Pakatan Harapan (PH) memperoleh 32,366 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Tak Rasmi]: Zuraida 'karam' di Ampang, Rodziah mendahului lebih 2,000 undi

Pencabar beliau iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan pula meraih 37,638 sekali gus menang dengan majoriti sebanyak 5,272.

Sementara itu, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional) mendapat 16,971 undi dan calon bebas, Mohd Nasir Othman (GTA) memperolehi 473 undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain