suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Rafizi Ramli menang bergaya di Pandan, majoriti 48,296 undi

Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan. foto K.T.GOH/The Star

DIKEMASKINI

RAFIZI Ramli kembali ke Parlimen Pandan apabila menang dengan majoriti 48,296 undi.

Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) memperoleh 74,002 undi.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 (tak rasmi): Kubu kuat Azmin sudah goyah, Amirudin mendahului di Gombak

Saingan lima penjuru itu juga menyaksikan Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional) meraih 25,706 undi.

Datuk Leong Kok Wee daripada Barisan Nasional (BN) mendapat 11,664 undi; calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat (3,323 undi) manakala 961 undi diraih Nadia Hanafiah (Gerakan Tanah Air).

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (Bebas) pula mendapat 2,415 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain