suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong BN, petugas media mula berkumpul di WTCKL

Kelihatan beberapa pengamal media mula menunggu keputusan PRU15 yang melibatkan BN di perkarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto: Bernama

PETUGAS media dan penyokong Barisan Nasional (BN) mula membanjiri Pusat Dagangan Dunia (WTC) untuk memantau keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BN meletakkan empat skrin gergasi di Dewan Tun Hussein Onn bagi penyokong mereka mengikuti keputusan secara langsung.

Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Dua skrin turut diletakkan di lobi untuk menyiarkan keputusan terkini yang dipaparkan oleh agensi berita tempatan.

Suasana kekal tenang dengan penyokong masih menunggu keputusan rasmi.

Pengundian telah selesai untuk PRU15 dan pengiraan undi sedang dijalankan ketika ini. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain