suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh! Pengundi terkejut pusat mengundi ditutup awal

Pusat mengundi di Balai Raya Kampung Melang, Kuala Pilah, ditutup awal. - sumber Twitter

BALAI Raya Kampung Melang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mencetuskan kekecohan apabila pusat mengundinya ditutup lebih awal.

Beberapa orang hadir untuk mengundi selepas pukul 2 petang Sabtu terkejut mendapati pusat mengundi tersebut ditutup.

Dalam beberapa video yang tular, para pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mereka tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi.

Kedengaran juga mereka mempersoalkan petugas mengapa pusat itu ditutup sedangkan pengundian sepatutnya berlangsung sehingga pukul 6 petang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap ketika dihubungi berkata, beberapa pusat mengundi yang ditutup awal lebih awal termasuk di Kampung Melang.

"Pusat mengundi Kampung Melang ditutup pada pukul 2 petang dan ini telah diwartakan kerajaan.

"Jadi, jika kita tidak menutupnya pada pukul 2 petang, kita akan mengingkari arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya sambil menambah pegawai hanya mengikut arahan.

Beliau berkata terdapat juga pusat yang dibenarkan dibuka sehingga pukul petang. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain