suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pusat penjumlahan undi Gombak tiba-tiba ‘blackout’, netizen mula curiga... TNB sahkan punca rosak di lokasi

Tangkap layar video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak.

RAKAMAN memaparkan gangguan elektrik (blackout) yang berlaku di sebuah pusat penjumlahan undi di Gombak, Selangor tular di media sosial.

Sebilangan netizen mendakwa gangguan itu merupakan 'taktik kotor' yang digunakan pihak tertentu untuk memanipulasi proses pengiraan undi yang sedang berlangsung.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter turut mengesahkan kejadian dalam video tular itu.

"Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 (tak rasmi): Kubu kuat Azmin sudah goyah, Amirudin mendahului di Gombak

"Bekalan TNB disahkan baik dan teratur. Ianya berpunca daripada kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujar kenyataan itu.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Gombak menyaksikan pertarungan lima penjuru antara Datuk Seri Amirudin Shari (Pakatan Harapan), Datuk Seri Azmin Ali (Perikatan Nasional), Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional), Datuk Dr. Aziz Jamaludin (Pejuang) dan Ir Zulkifli (Bebas).

Keputusan tidak rasmi setakat pada pukul 10.40 malam, Amirudin mendahului dengan 33,540 undi, meninggalkan Azmin yang hanya meraih 23,260 undi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain