suria

Abdul Hadi yakin PN dapat bentuk kerajaan

Abdul Hadi mengadakan sidang media khas di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.

PERIKATAN Nasional (PN) akan berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Keyakinan tersebut disuarakan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berdasarkan kepada keputusan undian awal ketika ini.

"PAS yakin PN akan dapat membentuk kerajaan dalam pilihan raya kali ini berdasarkan kepada keputusan undian awal," katanya dalam sidang media khas PAS di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ujar Abdul Hadi, kemenangan yang dicapai dalam PRU15 ini adalah hasil kerjasama semua ahli PAS dan rakan-rakan dalam PN.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan PRU15 [Tak Rasmi]: Anwar pintas, tapi Peja ikut rapat di Tambun

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengundi, terutama pengundi muda kerana meletakkan kepercayaan kepada PAS dan PN.

"Pengorbanan pengundi adalah sangat dihargai dalam memastikan PN terus mendapat mandat," katanya.

Tambah Abdul Hadi, PAS akan berusaha melaksanakan tawaran yang sudah dijanjikan dan meneruskan agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS2051).

Mengulas sama ada PAS bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah selepas kemenangan ini, Abdul Hadi berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak sesuai diadakan ketika ini kerana faktor cuaca dan kemungkinan berlakunya banjir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain