suria

Keputusan PRU15 [Rasmi]: Laungan pengkhianat bawa musibah... Tambun pilih Anwar, tendang Peja

Anwar berjaya menewaskan pencabar terdekatnya, Ahmad Faizal untuk merampas Parlimen Tambun.

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memintas pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di kerusi Parlimen Tambun.

Dalam pengiraan undi akhir, Anwar yang juga Presiden PKR menang apabila meraih 49,625 undi.

Ahmad Faizal dari Perikatan Nasional (PN) pula meraih undi 45,889.

Sementara itu, Aminudin Md Hanafiah (Barisan Nasional-Umno) meraih 28,140 undi, dengan Abdul Rahim Tahir (GTA-Pejuang) pula memperoleh 1,115 undi.

Ketika hari penamaan calon 5 November lalu, Ahmad Faizal dilaung sebagai 'pengkhianat' oleh penyokong Pakatan Harapan (PH). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain