suria

Surau kecil macam saiz 4 kubur, solat jemaah dibuat di ruang legar mall! Bukan nak show-off, mahu mudahkan semua orang

Solat jemaah di Malakat Mall diadakan bagi memudahkan kakitangannya.

"PATUT buat macam ni di semua mall Malaysia."

Demikian antara komentar netizen terhadap video yang memaparkan solat jemaah dilakukan di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya.

Menerusi video pendek berdurasi 32 saat itu, kelihatan beberapa pengunjung seperti terkesima apabila melihat sejadah dibentang di tengah-tengah lobi pusat beli belah itu.

Malah kawasan sekitarnya juga dihalang daripada dilalui orang awam dan pengunjung yang hadir.

Difahamkan pihak pengurusan sering mengadakan solat jemaah di situ sejajar konsep perniagaan Islam yang diketengahkan mereka.

Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, inisiatif yang dilakukan itu adalah demi kepentingan kakitangannya.

Dia yang juga pengasas Malakat Mall berkata, amalan solat berjemaah di ruang lobi bukanlah perkara baharu bahkan telah bermula sejak awal pembukaannya lagi.

"Ketika kami mengambil alih dan buat ubah suai mall ini, memang ada satu surau tapi terlalu kecil, lebih kurang saiz empat buah kubur sahaja.

"Jadi kami jadikan ruang legar yang luas ini sebagai tempat solat kakitangan," ujarnya menerusi hantaran video di TikTok.

Mengakui banyak menerima mesej negatif kerana tindakan yang dilakukan itu, ujarnya, ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya memudahkan urusan pengunjung Islam menunaikan solat.

"Saya terima banyak mesej dan pertanyaan tentang kenapa kami tidak buat surau. Kenapa perlu solat secara terbuka seolah-olah macam nak menunjuk-nunjuk.

"Semestinya ini dibuat kerana ada sebab-sebabnya, dan ini satu amalan yang baik dan tidak pernah dilakukan di mana-mana mall.

"Kami juga adalah satu-satunya mall yang melaungkan azan apabila masuk sahaja waktu solat," jelasnya.

Pengunjung juga berpeluang menunaikan solat jemaah bersama.

Pengunjung juga berpeluang menunaikan solat jemaah bersama.

Terdahulu, rakaman video berkenaan tular di media sosial sehingga ditonton lebih daripada 406,000 pelayar Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi pemandu Grab hanya sebab nak ‘kejar solat jemaah’, lelaki terkejut hidup alami perubahan menakjubkan selepas berhenti kerja makan gaji!

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah ‘samseng’ tolak budak sampai telentang dalam masjid, marah sebab tak khusyuk... Netizen bengang, nak cari sampai jumpa!

Disebabkan tidak pernah dilakukan di mana-mana pusat beli belah di Malaysia, rata-rata warganet memuji tindakan pihak pengurusan berkenaan.

Selain berharap inisiatif itu dilaksanakan di lokasi lain, ada yang menyifatkan bahawa Malakat Mall sebagai destinasi pilihan untuk membawa keluarga.

Alhamdulillah. Teruskan walaupun tak setanding mall besar-besar, ingat selagi kita jaga hubungan dengan Allah.

NETIZEN

"Harap satu hari nanti wujud di Sarawak.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

"Alhamdulillah. Teruskan walaupun tak setanding mall besar-besar, ingat selagi kita jaga hubungan dengan Allah... Allah akan jaga kehidupan kita. Semoga ada rahmat dalam kehidupan peniaga-peniaga di dalam ni... terbaik.

"Semoga asbab dan sebab untuk menjadi contoh kepada pusat beli belah yang lain, kita sebagai pengguna Islam sokong ke arah yang lebih diredai," ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang pelayar Facebook bernama Maryati Mamat berkongsikan pengalaman seumpama itu di Kelantan.

"Teringat 25 tahun lepas, saya pertama kali masuk pasaraya di Kelantan... kena pula masa nak bayar tu tengah beratur masuk waktu Zohor, dengar azan berkumandang semua kaunter tutup. Pekerja semua berhenti pergi solat. Berdirilah kami kat situ sehingga kaunter dibuka semula.

"Rasa wow... seronoknya kalau semua tempat macam ni. Tapi sekarang saya tak pasti masih berterusan lagi atau tidak. Lagilah kalau ada ruang yang besar macam ni disediakan sejadah untuk mengajak seluruh pengunjung muslim menunaikan kewajipan berjemaah," ujar berkongsi pengalaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain