suria

“Kalau baru start, better cari level you saja” - Ramai merungut PA Khairulaming ‘bermulut puaka’, sombong layan peniaga taraf biasa-biasa

Khairulaming akhirnya tampil membuat permohonan maaf bagi pihak pengurusnya.

LEBIH sudu daripada kuah!

Begitulah perumpamaan yang sesuai dikatakan terhadap seorang individu dipercayai pengurus kepada personaliti masakan popular, Khairulaming.

Mana tidaknya, lagaknya didakwa mengalahkan orang terkenal selain menonjolkan sikap berbeza dengan influencer terbabit.

Sikap individu terbabit mula menjadi buah mulut selepas ramai mula meluahkan rasa kecewa gara-gara dilayan secara kasar setiap kali mahu berurusan dengannya.

Antara yang bersuara ialah seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Naz.

"Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA kekwat (sombong) kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Daripada fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.

"Kekwat nak m****s. Aku contact manager Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) pun tak kekwat macam kau," luahnya.

Luahan Naz yang pernah berurusan dengan pengurus Khairulaming.

Luahan Naz yang pernah berurusan dengan pengurus Khairulaming.

Menurutnya lagi, apa yang lebih dikesali apabila pengurus tersebut seolah-olah menyekat sebarang komunikasi secara langsung dengan Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman.

Malah dakwanya lagi, jawapan yang diterima daripada pengurus terbabit juga berbunyi kasar dan tidak beradab.

"Aku dah fed up. Aku pun cakaplah 'boleh tak saya nak cakap dengan influencer tu terus?'.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Khairul Aming, ramai beratur panjang demi nasi lemak RM1... rupanya ada cerita di sebalik nama ‘Bang Sudu’

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tak cukup, Khairulaming buka kilang Sambal Nyet kedua di Kota Bharu... Jualan cecah RM14 juta

"Kemudian PA puaka tu cakap 'apa-apa berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya. Tak apa ya kami tak berminat... sebab kami pun sibuk nak shoot video lagi'," kongsinya.

Hantaran yang dibuatnya itu menjadi tular di media sosial dan sehingga kini diulang kicau lebih 5,000 pengguna Twitter.

Enggan berdiam diri, Khairulaming akhirnya tampil memohon maaf berhubung rungutan yang disuarakan.

Laman Twitter pengurus terbabit telah dipadam selepas ciapan Naz tular.

Laman Twitter pengurus terbabit telah dipadam selepas ciapan Naz tular.

Kata pengusaha Sambal Nyet ini, dia mengakui terlepas pandang dalam isu berkenaan kerana urusan komunikasi berkaitan sebarang bentuk kerjasama berbayar diserahkan kepada pengurus berkenaan.

"Hi Naz, thank you for the feedback. Saya mohon maaf on the bad experience you had with my manager.

"I overlooked this matter sebab saya delegate all communication with clients to him.

Nak ambil staf, ambil orang yang kau tak related... profesional dan hormat kau sebagai bos.

NETIZEN

"I will go through all remaining queries personally and will sort out this matter asap (as soon as possible)," ujarnya ketika membalas ciapan Naz di Twitter.

Menerusi komentar warganet, difahamkan individu bernama Naz itu bukan orang pertama yang berdepan pengalaman buruk ketika berurusan dengan pengurus terbabit.

"Betul, saya kena awal tahun hari tu... kalau tak boleh review cakap elok-elok. Siap cakap 'who are you? Terus nak cari Khairulaming. Kalau you baru start, better cari yang level you saja... you mampu ke nak taja kita orang semua?'.

"Sampai sekarang menyesal hubungi dia.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

"Saya pernah hubungi dia, masa tu dia jawab tapi macam bising-bising. Kemudian saya tanyalah 'is it okay to talk right now?', dia jawab 'dah orang jawab ni, cakap saja lah'. Red flag dan terus ban influencer tu.

"Betul. Dalam kes saya, kena ghosted terus. Dia terus diamkan diri, tak reply email dan WhatsApp. Terpinga-pinga kita dibuatnya, tak tahu mana salah silap," ujar beberapa netizen yang pernah berhubung dengannya.

Dalam pada itu ada yang menyatakan individu terbabit cuba untuk memusnahkan karier Khairulaming selain menyifatkan seorang kawan tidak sesuai dijadikan pengurus.

"Itulah kelemahan ambil kawan-kawan jadi PA. Entah-entah dengki KA (Khairulaming) dapat banyak job. Kemudian layan klien macam sampah, KA tak tahu apa-apa.

"Sebab itu kawan stay as kawan saja. Nak ambil staf, ambil orang yang kau tak related. Profesional dan hormat kau sebagai bos.

"Upah perempuan sebab perempuan ni dalam otak banyak folder boleh simpan, tinggi empati dan simpati. Paling penting yang educated sikit," kata beberapa netizen lagi.

Menyusuri ruangan komen juga, terdapat individu yang mendedahkan akaun Twitter pengurus terbabit.

Malah dikhabarkan dia juga bertindak memadam semua video berkaitan Khairulaming yang dimuat naik di setiap platform media sosialnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain