suria

Jemaah ‘samseng’ tolak budak sampai telentang dalam masjid, marah sebab tak khusyuk... Netizen bengang, nak cari sampai jumpa!

Lelaki bertindak agresif menolak kanak-kanak ketika solat di sebuah masjid.

RAKAMAN seorang lelaki menolak tiga kanak-kanak yang berada di saf belakang di sebuah masjid ketika jemaah lain sedang bersolat mengundang kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Berdasarkan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 27 saat itu, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan kanak-kanak berkenaan yang dilihat berlari dan bermain sesama mereka di saf paling belakang.

Perlakuan kasar dan agresif itu menyebabkan dua daripada tiga kanak-kanak itu jatuh ke lantai.

Kesal dengan apa yang berlaku, seorang individu bernama Shahrul Hisham berkongsi semula video berkenaan di Facebook dan menegur si pelaku.

"Masa Nabi solat, cucu Baginda main-main sampai naik atas tubuh Baginda. Tak ada Baginda nak marah.

"Pakcik dalam video ni confirm masuk syurga ke sampai nak terajang anak orang. Pakcik tahu tak, generasi inilah nanti yang akan penuhkan saf tu bila pakcik mati," tulisnya dalam posting di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak pondan terus ketawa! Lelaki lembut sedih diejek masuk surau Muslimin, selesai solat Asar terus dihina

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar tangan ‘orang minyak’ merayap dalam masjid, selak tirai saf wanita! Saksi tampil cerita kejadian depan mata...

Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan lelaki terbabit boleh menjadi punca golongan muda mula menjauhkan diri daripada menunaikan solat di masjid.

Tambah Shahrul yang bersimpati dengan apa terjadi pada kanak-kanak itu, dia menyalahkan lelaki terbabit jika dia rasa terganggu dan tidak khusyuk ketika beribadah.

Posting asal berikutan kejadian yang tular.

"Generasi inilah yang mungkin tak akan jejak kaki ke surau atau masjid sebab malas nak bertelagah dengan 'ahli syurga' macam pakcik.

"Kalau pakcik tak khusyuk, tu masalah pakcik. Bukan masalah budak-budak tu. Nabi solat waktu perang elok khusyuk.

"Khusyuk atau tak, bergantung pada iman, pada fokus dan pada niat. Kalau dah memang pasang niat nak salahkan budak-budak tu, sampai mati pun pakcik takkan khusyuk.

Generasi inilah yang mungkin tak akan jejak kaki ke surau atau masjid sebab malas nak bertelagah dengan 'ahli syurga' macam pakcik.

SHAHRUL HISYAM

"Budak-budak nak mengenal solat, jemaah, surau dan masjid. Normal kalau perangai macam tu. Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke," luah Shahrul.

Berikutan video yang menjadi tular, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dan kecewa dengan tindakan lelaki terbabit.

Semakan mStar mendapati netizen menyatakan rasa marah serta meluahkan pendapat masing-masing dengan lagak 'samseng' yang ditunjukkan lelaki ini.

Komen beberapa netizen.

"Dengan kelakuan macam ni tak terkejut pun kalau budak-budak ni tak nak datang surau atau masjid. Rasa nak menangis budak diperlakukan macam tu. Beruntunglah mana-mana tempat yang masih ada suara budak di dalam masjid atau surau.

"Aku tak setuju langsung pakcik tu buat teguran macam tu. Sangatlah tak sepatutnya. Parents pula sebaiknya kena selalu beritahu anak-anak dan didik mereka adab sepatutnya apabila berada dalam masjid.

"Sebab orang macam ni la anak aku merajuk tak nak pergi masjid. Umur dia lima tahun ikut suami pergi masjid. Nak solat sebelah ayah tapi kena paksa dengan orang masjid suruh solat dekat belakang sekali dengan budak lain.

"Akhirnya, suami solat tak tenang, anak pula merajuk tak nak solat," komen netizen berikutan video yang tular.

Berdasarkan audio daripada rakaman berkenaan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain