suria

Ingat comel? Kanak-kanak tunjuk jari tengah kepada peniaga pasar malam... ibu, orang ramai syok tengok siap ketawa

Tangkap layar video menunjukkan seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah (bulatan merah).

APA saja telatah dan ragam kanak-kanak tentunya kelihatan comel dan mencuit hati.

Namun tidak untuk seorang budak lelaki yang dirakamkan menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang peniaga, dipercayai berlaku di sebuah pasar malam.

Bukan satu, tapi kedua-dua tangannya diangkat sambil memperlihatkan jari tengah kepada peniaga wanita itu.

Video berdurasi 12 saat itu turut menunjukkan kanak-kanak tersebut diangkat sebelum didukung oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Apa yang mengejutkan, anak kecil itu terus memberi isyarat lucah kepada peniaga berkenaan sambil kedengaran hilai tawa orang ramai di sekeliling yang menyaksikan ádegan' itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas hati tengok budak 5 tahun tunjuk samseng, aksi pijak kamera paling melampau! Netizen herdik ibu bapa tak reti jaga anak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Lebih mengecewakan apabila ibunya turut tersengih sahaja melihat kelakuan si anak.

budak lucah 2

Menunjukkan isyarat lucah tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang kanak-kanak atau orang dewasa.

Walaupun tidak diketahui punca kanak-kanak tersebut bertindak demikian dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia, seorang pengguna Twitter yang memuat naik video itu kesal dengan situasi tersebut.

"Anak aku atau anak buah aku macam ni, memang auto tempeleng. Orang tua yang gelak-gelak ingat benda ni comel ke apa?" tulisnya menerusi satu ciapan.

budak lucah 4

Perkongsian video di laman Twitter menimbulkan pelbagai reaksi.

Malah aksi kanak-kanak itu yang begitu berani melakukan perbuatan itu di tempat awam membangkitkan kemarahan ramai.

Tak kurang juga yang mengaitkannya dengan didikan ibu bapa, sesuai dengan peribahasa ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

"Bila orang gelak-gelak, lagi budak tu suka buat. Jangan gelak kalau budak buat salah. nanti dia ingat benda tu bukan satu benda buruk."

Budak-budak umpama kain putih, mak ayah yang mencorakkannya.

NETIZEN

"Budak tu tak salah. Yang salah orang yang di sekelilingnya yang tak membetulkan budak tu. Budak-budak umpama kain putih, mak ayah yang mencorakkannya."

"Ini tidak kelakar langsung. Kalau dah mak dia gelak macam tu, macam dah biasa buat je. Sebab kalau tak, rasanya setiap ibu yang normal akan marah kot? Nampak sangat dia pun biasa buat ke apa sampai budak tu ikut.

budak lucah 3

Antara komen netizen.

"Sepatutnya ajar budak tu, bukannya gelakkan budak tu. Lepas tu bila dah besar budak tu jadi samseng. Sebab tu kita kena ajar dari kecil, bukannya dah besar baru nak ajar budak tu," demikian antara komen netizen.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @aaygx itu diulang kicau lebih 5,500 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain