suria

Gempar tangan ‘orang minyak’ merayap dalam masjid, selak tirai saf wanita! Saksi tampil cerita kejadian depan mata...

Tangkap layar video tular menunjukkan cubaan seorang individu menyentuh jemaah wanita di masjid.

KEBENARAN untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau dengan merapatkan saf sudah tentunya menggembirakan umat Islam.

Namun ketika orang ramai sedang rancak menggandakan ibadah di bulan Ramadan, muncul pula satu video dipercayai seorang lelaki sedang meraba-raba dan mengendap saf wanita.

Video itu tular selepas dikongsikan seorang wanita bernama Noor Zuhaila Zainal di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabul murid perempuan 11 tahun, pemandu van sekolah ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Berulang kali jadi mangsa cabul abang kandung, tambah sedih ibu bapa tak peduli... siap minta jangan heboh-heboh - "Mana mungkin aku memaafkan"

Dalam video tersebut, individu berkenaan pada mulanya cuba memasukkan tangannya di sebalik langsir saf wanita seperti sedang mencari sesuatu.

Namun si pelaku semakin berani apabila dia bertindak meyelak langsir hingga menimbulkan perasaan kurang selesa dalam kalangan jemaah wanita.

Ketika dihubungi mStar, Zuhaila ini memperincikan kisah yang didakwa berlaku di Masjid Al-Akram, Keramat, Kuala Lumpur itu.

"Sebenarnya dah lama saya post video tu iaitu 7 Mac lalu tapi tak sangka baru viral. Mungkin sebab sekarang dah boleh sembayang tarawih dekat masjid jadi orang ingatkan kejadian tu masa bulan puasa.

"Kejadian tu saya rakam masa tengah dengar ceramah lepas solat Maghrib pada 6 Mac. Pada mulanya dia cuba main intai-intai dulu macam tengah ‘teropong’ guna tangan di sebalik langsir.

"Apabila saya perasan, terus saya tarik langsir dan tutup. Lepas tu, mulalah tangan dia merayap dekat bawah langsir macam dalam video tu," jelasnya.

WhatsApp Image 2022-04-06 at 7.04.06 AM

Antara komen netizen pada perkongsian Zuhaila di TikTok.

Bercerita lanjut, Zulaiha berkata insiden tangan individu itu merayap ke saf wanita berlarutan sekitar 20 minit.

Jelasnya, demi mengelakkan timbul fitnah atau salah faham, wanita ini turut bertanya kepada jemaah yang hadir pada malam itu jika mengenali individu tersebut.

"Pada mulanya saya tak nak rakam pun tapi lama-lama rasa macam makin melampau pula. Saya tak pasti samada kanak-kanak, remaja atau orang tua tapi tengok pada tangan tu gayanya macam orang berusia lingkungan 20an hingga 30an.

Jerit je ada tangan orang minyak merayap dalam masjid! Lepas tu semua auto pandang dia.

NETIZEN

"Saya bertanya juga kepada makcik dekat sebelah jika dia kenal atau saudara mara dia tapi makcik tu pun cakap tak kenal. Tapi nasib baik lepas tu dia beredar dan tak ada berlaku apa-apa dekat jemaah perempuan.

"Saya beritahu ibu dan ayah fasal kejadian tu lepas balik rumah. Rupa-rupanya esok tu jadi lagi benda yang sama. Tapi kali ni ibu saya dah tegur dan sergah orang tu cuma masih tak tahu siapa individu tu sebab dia terus beredar," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai video yang menjadi tular sejak Selasa itu, Zuhaila berkata tujuannya berkongsi video berkenaan adalah untuk memberi peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati.

tangan merayap dalam masjid 3

Zuhaila berharap perkongsiannya dijadikan iktibar kepada wanita supaya lebih berhati-hati.

"Tujuan saya post video tu bukan nak viral semata-mata. Saya cuma nak minta masyarakat terutama wanita supaya lebih berwaspada. Dalam masjid pun boleh jadi perkara macam ni, apatah lagi kalau di tempat awam.

"Tapi kejadian ni tak buat saya rasa fobia pun. Cuma saya panas hati dengan kelakuan orang tu. Kalau terjadi lagi kejadian macam tu lepas ni, nasihat saya adalah lebih baik jika pijak saja tangan tu!" seloroh Zuhaila yang enggan melalukan demikian bimbang akan terjadi isu lain lalu menutupi kisahnya.

Dalam pada itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata menyuarakan rasa marah dengan perlakukan individu terbabit yang disifatkan sebagai melampau dan keterlaluan.

"Kena bawa thermos air panas, senang nak curah. Bukan salah kita kan? Tertumpah.. ataupun cucuk dengan jarum peniti!

"Sis, kenapa you tak pijak? Buat-buat berjalan lepas itu nampak tangan dia dan terus pijak.

"Jerit je ada tangan orang minyak merayap dalam masjid! Lepas tu semua auto pandang dia, kalau tak insaf juga tak tahu la," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain